Gadis terima padah maki polis
KUALA TERENGGANU- Hanya dengan mengeluarkan dua patah perkataan ‘polis bodoh’ kepada seorang anggota polis selepas ditegur menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar, seorang gadis menerima padah setelah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam.
Tertuduh, Nur Shafa Watiha Wahab, 20, dari Perumahan Pemindahan, Kampung Telaga Daing, Seberang Takir dituduh mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 yang boleh didenda tidak melebihi RM100 jika disabitkan kesalahan.
Gadis yang bekerja di sebuah butik di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) itu mengaku bersalah sejurus pertuduhan yang dijalankan oleh Pegawai Polis Inspektor Zainuddin Abd Ghani dibacakan di hadapan Pendaftar Kanan Mahkamah Sesyen/ Majistret Kuala Terengganu, Rosila Nik.
Selepas pengakuan bersalah direkodkan dan mendengar rayuan daripada tertuduh yang memohon agar diringankan nilai jumlah jaminan dengan alasan tidak memiliki wang kerana pendapatan bulanannya hanya mencecah RM500 sahaja, Rosila memutuskan tawaran wang jaminan sejumlah RM1,000.
Sinar Harian
0 Komen :
Post a Comment