BlogList Malaysia

19 May 2011

Pemilihan Pas Pusat - Zailah Jauh Meninggalkan Fatah Haron

Ahli Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Yusuf yang diperkecil-kecilkan oleh Yang Dipertua Pas Kawasan Rantau Panjang, Abdul Fatah Haron ternyata diterima dengan baik di peringkat pusat. Muslimat Pas menganggap Zailah adalah wirawati dalam dewan itu.

Ini terbukti apabila Zailah dicalonkan untuk merebut jawatan Ketua Muslimat Pas dan juga ahli jawatankuasa Pas pusat. Jarang berlaku kepada tokoh muslimat mendapat pencalonan untuk dua jawatan serentak.

Berlainan dengan Fatah, bukan saja tidak dicalon untuk merebut jawatan timbalan presiden atau naib presiden, tetapi untuk merebut jawatan jawatankuasa juga tidak layak. Dari 83 nama mereka yang layak untuk merebut jawatan ahlijawatankuasa, tidak ada nama Fatah meskin pun dibahagian bawah, ngusut.


Mungkin Rantau Panjang ada mencalonkan nama Fatah, tetapi kerana tidak ada pencalonan dari mana-mana kawasan lain menyebabkan beliau tidak layak. Kubang Kerian yang dilihat seronok dengan gaya politik kampungan Fatah juga barang kali terlupa untuk mencalonkan nama Fatah.

Bagi mereka yang celik dan insaf dapat menilai keadaan ini. Di Rantau Panjang Zailah diperlakukan bagaikan kain buruk oleh Fatah Haroh. Fatah bukan saja tidak mengikhtiraf Zailah sebagai Ketua Dewan Muslimat Pas, tetapi juga sebagai ahli Parlimen Rantau Panjang. Usahkan program anjuran Pas kawasan itu, tetapi prgoram yang dilaksanakan Zailah juga cuba disebotaj.

Hakikat ini boleh dilihat kepada kain rentang atau banner yang dipasang di Rantau Panjang sempena menyambut hari raya atau apa-apa, gambar yang dipamerkan hanya gambar Fatah bersama dua Adun, Ahmad Awang dan Nasharudin Daud. Gambar Zailah tidak ada. Ini menyebabkan Zailah terpaksa membuat kain rentang atau bannernya sendiri.

Apakah jenis ketua seperti ini, tidak diketahui. Tetapi orang Rantau Panjang semua sudah tahu bahawa Fatah kini sedang berkonfrantasi dengan Zailah tanpa dipedulikan Zailah.

Semasa berlangusng mesyuarat kawasan baru-baru ini katanya Fatah sedikit pun tidak menyebut nama Zailah walupun ahli Parlimen itu berada di atas pentas. Inilah kezaliman Fatah kepada seorang perempuan. Ramai orang pertikai sikap gila Fatah ini dan tidak hairan kalau ada mengatakan dia sudah ‘babuk’ dalam politik.

Tidak tahu apakah dosa yang Zailah buat di Rantau Panjang. Zailah adalah wakil rakyat paling aktif di Rantau Panjang berbanding dengan tiga yang lain termasuk Fatah sendiri. Hal ini bukan rekaan tetapi diakui sendiri oleh rakyat. Orang Umno juga turut kagum dan bangga atas kerajinan dan sikap ramah dan mempedulikan semua orang oleh Zailah.

Gara-gara itu menyebabkan ada orang beranggapan kalau berlaku pilihan raya sekarang ini, yang boleh menang hanya Zailah dengan Nasarudin di Merantai sahaja, sementara Ahmad Awang dan Fatah akan bungkus.

Pelik dan anih memikirkan politik Pas Rantau Panjang yang diketuai oleh Abdul Fatah Haron. Dari mana beliau belajar politik menganiyaan dan memperlekehkan orang walahu’alam. Sebab besannya Nik Aziz tidak pernah mengajar sesiapa berkelakuan begitu.

Apakah beliau dengki dengan prestasi dan kerajinan Zailah? Kalau pun Zailah lebih kedepan dan advance darinya ia tidak perlu cemburu dan irihati sebab keuntungannya kepada Pas juga. Apa yang dibuat Zailah untuk rakyat Rantau Panjang juga memberi laba percuma kepadanya. Program dijalankan Zailah tidak pernah mendapat bantuan setengeh dinar emas Kelantan pun dari Fatah. Usahkan nak bantu wang, bantu tenaga pun tidak. Apa-apa projek atau program yang Zailah laksanakan di Rantau Panjang digelapkan begitu saja.

Ramai orang tidak tahu bahawa mesyuarat Pas kawasan itu baru-baru dijalankan dalam keadaan tidak cukup korum. Katanya sebaik perwakilan mendaftarkan diri mereka tuang mesyuarat. Apakah perlembagaan Pas boleh membenarkan mesyuarat dijalankan hanya nama saja yang datang tetapi body berada di rumah? Bukan itu saja pernyataan kewangan juga tidak dibentang dan disahkan begitu saja. Nasib baiklah Pas itu Pas bukannya sebuah badan profesional. Kalau Pas itu badan profesional sudah lama Pas Rantau Panjang diharam atau digantung tidak bertali gara-gara Fatah.

Sebenarnya kalau ini benar-benar berlaku tidak menghairan. Sudah lama Pas Rantau Panjang berjalan tidak mengikut perlembagaan dan diuruskan ikut sedap hati dan kehendak nafsu ketuanya sahaja. Perkembangan dan kecacatan ini juga menyebabkan sokongan dan pengaruh Pas di Rantau Panjang ke belakangan ini semakin mengecup. Tidak mustahil kalau Pas masih mengekalkan Fatah di Dun Bukit Tuku Pas akan kehilangan kerusi ‘penyelamat’ di situ.

Kembali kepada Zailah, usahlah peduli permainan politik Fatah yang terus berhinghus itu walaupun dia sudah berakar tunjang dalam Pas. Teruskan perjuangan. Rantau Panjang hanya sekelumit daripada sebidang perjuangan Pas yang luas. Wadah Muslimat lebih luas dan sesungguhan Zailah lebih ke depan dan berpengaruh dari Abdul Fatah Haroh. Pencalonan yang diterima Zaliah itu membuktikan segala-galanya. [wm.kl.11:12 am 19/05/11] - mso

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas