BlogList Malaysia

03 May 2011

Misi Tawan Selangor - Perancangan Jahat SPR Sudah Bermula

SHAH ALAM 3 MEI : Suruhanjaya Pilihanraya dikesan memindahkan hampir 500 pengundi di Selangor untuk menambah undi Barisan Nasional bagi merampas kembali negeri ini pada pilihanraya umum akan datang, kata seorang pemimpin kanan PAS.

Exco Kerajaan Negeri, Iskandar Abdul Samad mendedahkan di DUN Cempaka sahaja bilangan pengundi baru didapati naik secara mendadak pada suku tahun pertama tahun ini.

Iskandar adalah ADUN kawasan itu.

Siasatan mendapati SPR memindahkan pengundi dari DUN Teratai ke DUN Cempaka dengan menggunakan alamat bermastautin yang dipalsukan.


Mereka yang dipindahkan adalah ahli dan penyokong Umno, kata beliau di sidang akhbar tengah hari tadi.

“Perpindahan ini antara lain melibatkan AJK Umno dari DUN Teratai, contohnya AJK Umno Bahagian Pandan yang juga Ketua Umno Cawangan Taman Kencana, Abdullah Thani Bukari dipindahkan ke Taman Dagang di dalam DUN Cempaka," kata beliau.

“Seramai lima AJK Wanita Umno Cawangan Pangsapuri Intan pula dipindahkan ke DUN Cempaka iaitu dua ke Taman Bakti, dua ke Pandan Jaya dan satu ke Lorong Molek Kampung Pandan. Seramai 10 orang ahli Umno dari Kampung Cheras Baru telah juga dipindahkan ke DUN Cempaka,” tambah Iskandar.

Iskandar yang juga Timbalan Yang Dipertua PAS Selangor berkata, mereka yang dipindahkan untuk mengundi di DUN Cempaka itu masih bermastautin di DUN Teratai.

Antara alamat digunakan untuk mendaftar pengundi dari DUN Teratai adalah Dewan Kemas di Lorong Molek, Kampung Pandan dalam DUN Cempaka.

Berdasarkan perkembangan itu, PAS akan mengemukakan bantahan kepada SPR, kata Islandar. Beliau mahukan badan itu bersikap adil dan telus menangani aduan itu.

Menurut Iskandar, setakat ini PAS mengesan pemindahan 484 pengundi di sekitar Selangor. Ia membabitkan 150 pengundi di Selat Klang, Kota Raja (99), Cempaka (25), Meru (38), Dusun Tua (72) dan Shah Alam (100).

“Pemindahan ini adalah sebahagian daripada gerak kerja Umno-BN bagi merampas Selangor daripada Pakatan Rakyat (PR) dan ianya dipercayai turut melibatkan jabatan serta agensi kerajaan yang lain.

“Diharapkan SPR menyiasat dengan adil dan telus mengenainya. Polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga diharap turut melakukan siasatan,” katanya.

Iskandar berkata usaha Umno itu akhirnya akan memakan diri sendiri dan menikam rakan komponannya. Ini kerana pemindahan pengundi mungkin menguntungkan Umno namun akan merugikan parti komponen seperti MCA dan Gerakan.

Contohnya pemindahan pengundi dari Teratai ke Cempaka mungkin menambah undi Umno tetapi akan menjejaskan undi untuk calon Gerakan di DUN Teratai.

Beliau menegaskan pemindahan pengundi dilakukan kerana Umno mencari kemenangan di kawasan majoriti pengundi Melayu setelah kehilangan sokongan pengundi Cina dan India.

Kajian PAS menunjukkan jumlah pengundi di Selangor bagi suku tahun pertama tahun ini meningkat sehingga kira-kira 80,000 orang dengan 35,000 daripadanya membabitkan kawasan DUN ditandingi PAS pada PRU yang lalu.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meramalkan Perdana Menteri Najib Razak akan mengadakan pilihanraya umum pada bulan Julai berasaskan perkembangan politik semasa.

Ini termasuk usaha Umno memperhebatkan kempen mengaibkan Anwar dan keluarganya dengan menggunakan video seks fitnah dan perlawaan Najib kepada PAS untuk menyokong Umno- BN.

Pada masa sama MCA pula memberi kata dua kepada pengundi Cina supaya menyokong parti itu jiak tidak mahu menghakis perwakilan kaum itu dalam kerajaan sekiranya BN terus menerajui Malaysia.

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas