BlogList Malaysia

23 May 2011

MACAM TAK CAYA, KEDAH AKAN DIRAMPAS OLEH UMNO!!!

Berita demi berita disiarkan. Tentang ketidakpuasan hati rakyat Kedah terhadap kerajaan OSTAT KITA. Tentang tersepitnya mereka yang dianggap penyokong Pakatan Rakyat sekiranya mendapatkan bantuan daripada kerajaan negeri dan dicop sebagai anjing UMNO sekiranya cuba mendapatkan bantuan para pembesar UMNO dalam beberapa keadaan.

Ahmad Bashah, Pengerusi Perhubungan Negeri pula menyatakan, sokongan pengundi Cina pasti akan berpaling kepada Barisan Nasional pada pilihanraya umum akan datang, berdasarkan trend terkini. Tidak pula dinyatakan, apakah trend terkini yang dimaksudkan. Atau ianya barangkali satu lagi retorik daripada UMNO Kedah yang masih kebuntuan memikirkan kaedah terbaik untuk mendapatkan kembali Kedah yang jatuh ke tangan PAS atau lebih tepat lagi Pakatan Rakyat pada Pilihanraya Umum Ke-12 lalu.

Baguslah kalau betul UMNO berkeyakinan untuk mendapatkan semula Kedah daripada PAS. Cuma masalahnya ialah, betul ke seperti yang dicanang-canangkan itu?


Terdapat banyak tempat yang UMNO-BN kalah, masih tidak disentuh atau didatangi oleh para pembesar UMNO negeri. Tumpuan yang keterlaluan pada sebelah utara Kedah, dilihat tidak mendatangkan hasil yang baik pada PRU 13 nanti. Sebahagian besar daripada kawasan di mana UMNO Kedah kelihatan sangat aktif, sebenarnya adalah kubu kuat UMNO sendiri.

UMNO Kedah seharusnya mencari jalan yang lebih efektif dan lebih 'keras' dalam menangani kelembapan dan kemandoman aktiviti. Barangkali juga sudah sampai masanya, Ketua-Ketua Bahagian di Kedah keluar dari sarang dan sarung masing-masing, sambil mula mendekati akar umbi secara lebih kerap.

Malahan Mukhriz Mahathir yang merupakan Timbalan Pengerusi Perhubungan Negeri juga, sewajarnya dapat menjalinkan hubungan yang lebih baik dengan warlord-warlord di Kedah. Seperti yang dicadangkan oleh seorang pemimpin UMNO Selangor, Mukhriz wajar mendekati Ketua-Ketua Bahagian di Kedah dalam usaha mendapatkan kerjasama dan kesungguhan mereka untuk memastikan UMNO Kedah berjaya pada PRU13 nanti.

Setidak-tidaknya bersama mereka untuk sama-sama makan tengah hari atau sama-sama melawat Bahagian. Melawat Bahagian bukan bermaksud melawat pejabat UMNO Bahagian, sebaliknya melawat penduduk di Bahagian dan memahami masalah akar umbi selain membelah hati mereka agar kembali menyokong UMNO.

Sehingga kini, ramai pengundi di Kedah yang belum melihat kesungguhan pemimpin-pemimpin UMNO Kedah untuk merampas semula negeri tersebut dari tangan PAS. Walaupun terlalu banyak retorik dan slogan yang dilaungkan, namun hakikatnya, keadaan masih sama. Masih di takuk tu juga!

Sekarang bukan masanya untuk berceramah mengumpulkan orang beribu seperti fahaman sesetengah pihak yang masih duduk di bawah tempurung berbulu. UMNO tidak akan mampu atau berjaya mengumpulkan ribuan pendengar ceramah yang setia seperti mana yang dilakukan oleh PAS, sebaliknya para pemimpin UMNO perlu turun ke bawah dan kalau perlu berlakon makan sambil bersila, itulah yang dilakukan.

Sehingga kini, UMNO dilihat sebagai elitis yang menyombong tidak bertempat. Itulah persepsi rakyat Malaysia, tak kiralah sama ada mereka berada di Kedah, di Selangor mahupun di Sabah!

Blog Umno

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas