BlogList Malaysia

19 May 2011

Aktivis Gegar Terus Jadi Sasaran Samseng

KOTA BHARU, 19 Mei: Usaha rakyat Kelantan menuntut royalti minyak kini semakin tidak disenangi pihak tertentu apabila ‘mengupah’ samseng menakut-nakutkan aktivis Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar).

Jumaat lalu Setiausaha Gegar, Hisyamuddin Ghazali, 29 dipukul lelaki tua dipercayai Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) ketika sedang menggantungkan sepanduk tuntutan royalti minyak di pagar Masjid Kampung Sireh.

Dan awal pagi tadi pula sekumpulan pihak tidak dikenali dipercayai melakukan semburan cat berwarna merah dan putih di papan tanda jalan di hadapan rumah seorang lagi aktivis Gegar, Wan Mustapa Wan Daud, 51.


Beliau berkata, kejadian itu kemungkinan berlaku sekitar jam 3 hingga 4 pagi tadi setelah kedengaran riuh rendah di hadapan kediamannya di Pasir Hor.

“Ketika itu saya tidak mengendahnya. Bagaimanapun pada jam 7 pagi tadi ketika mahu keluar dari rumah didapati terdapat kesan semburan cat di papan tanda jalan di hadapan rumah saya.

”Tindakan tersebut mungkin didalangi samseng dengan mengupah remaja bermotosikal bertujuan menakut-nakutkan saya,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis petang tadi.

Laporan itu dibuat di Balai Polis Kubang Kerian. Hadir sama Hisyamuddin yang turut membuat laporan bagi kali kedua.

Wan Mustapa berkeyakinan perbuatan khianat itu dilakukan kerana ada kaitan dengannya sebagai aktivis Gegar.

”Saya membuat laporan polis kerana bimbang keselamatan saya dan keluarga,” ujarnya.

Sementara itu Hisyamuddin berkata, beliau membuat laporan polis kali kedua setelah yakin laporan pertama Jumaat lalu belum diambil sebarang tindakan terhadap individu terbabit.

Menurutnya laporan kali kedua dibuat setelah merasakan diri dan keluarganya terancam kerana tiada tindakan diambil pihak berkuasa terhadap individu yang menyerangnya.

Hisyamuddin juga memberitahu beliau telah mengadakan perbncangan dengan peguam bagi mengambil tindakan undang-undang terhadap veteran Umno yang memukulnya.

Malah difahamkan ada pihak tertentu mengugutnya supaya tidak mendedahkan kejadian Jumaat lalu kepada media.

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas