SEKALI lagi teramat sukanya saya untuk menjawab hujah Zul Kulim seperti yang beliau tulis di dalam blognya bertajuk "Haq Dan Kebenaran' dan tulisan peguam dangkal ini dipetik pula oleh akhbar pencacai Utusan Meloya.
Zul Kulim senaraikan 6 bukti kununnya menunjukkan wajah sebenar Anwar dan mahu rakyat percaya dan menjadi bodoh seperti beliau. Rujuk sini.
Bukti pertama kata Zul Kulim, Anwar berbohong tentang 16 Sept untuk menubuhkan Kerajaan. Isu ini ramai rakyat sudah faham dan telah dijelaskan oleh Anwar di dalam beberapa ceramahnya malahan Zul Kulim ketika itu pun masih berada di dalam PKR. Cita-cita 16 Sept bukan bohong, tetapi ianya ditakdirkan tidak berlaku sahaja.
Namun demikian, 16 Sept benar-benar menggemparkan Umno/Bn sehingga berbelas MP cabut ke Taiwan. Anwar mohon diadakan sidang khas Parlimen ketika itu, namun ianya tidak dilakukan. Apakah satu sasaran untuk menubuhkan kerajaan gagal boleh dianggap bohong?
Kedua, kata firaun besar ini lagi adalah berkaitan sumpah laknat. Isu ini juga jelas menunjukkan Zul Kulim teramat jahil tentangnya. Semenjak bila peguam boleh percaya dengan sumpah dalam hal isu jenayah seperti ini? Islam ada kaedah bersumpah bukan boleh main-main sumpah seperti Ezam sesumpah, Umi Hafilda dan Najib lakukan itu.
Seperti yang diterangkan oleh Tuan Guru Hj Hadi, Anwar boleh bersumpah sekiranya Mahkamah Syariah memutuskan Anwar perlu berbuat demikian. Masalahnya, apabila Anwar cuba merujuk kes ini ke mahkamah syariah, ada menteri yang halang pula. Apabila kes ini telah dilaporkan oleh Saiful ke pihak Polis, maka ianya menjadi kes jenayah dan di mana lojiknya sumpah di dalam kes ini?
Bukti ketiga pula kata Zul Kulim, mengapa Anwar terlalu liat mahu serah DNA nya? Adakah Zul Kulim merasa Anwar itu sebodoh beliau untuk menyerahkan tengkuk untuk disembelih? Di dalam kes liwat pertama dulu, bukankah terbukti DNA Anwar telah dimanipulasikan? Ketika itu Zul Kulim pun berada di dalam kumpulan peguambela Anwar walaupun mungkin sekadar menjadi `tukang pikul fail' sahaja.
Mengapa Zul Kulim tidak bertanya tentang beberapa sample DNA yang berlainan sekitar dubur Saiful? Mengapa Zul Kulim sasarkan Anwar sahaja? Jelas, ada motif sakit hati dan dendam. Jika kita jumpai DNA Zul Kulim di dubur seekor khinzir, adakah Zul Kulim boleh terima tuduhan bahawa beliau meliwat Khinzir?
Bukti Keempat, Zul pertikaikan mengapa Anwar melenting di dalam kes video seks sedangkan tiada siapa yang menuduhnya? Zul Kulim mungkin lupa apa yang beliau katakan beliau yakin 110% siapa pelaku di dalam video seks itu. Anwar bukan kali pertama difitnah dan diaibkan, maka pelik apanya Anwar merasa video seks itu semestinya mensasarkan beliau? Zul Kulim ingat Anwar lupa segala yang telah beliau lalui sebelum ini?
Dan, ternyata jangkaan Anwar itu tepat di mana siapa lagi sasaran kaki fitnah video seks itu jika bukan beliau? Cuma Zul Kulim yang lembab sehinggakan menuduh kununnya video itu permainan politik Anwar sendiri. Mengapa Zul Kulim tidak sebut mengapa si pemilik dan si tukang tayang video lucah itu tidak ditangkap dan didakwa? Bukankah yang menayangkan video lucah Chua Soi Lek ditangkap? Mengapa tidak di dalam kes ini? Zul Kulim berjuang atas dasar apa? Jelas, atas dasar benci dan dendam sahaja.
Akhirnya, Zul Kulim sebut bukti ke lima dan keenam adalah mengapa di tahun 1997, Karpal Singh menuduh Anwar lakukan sodomi tetapi kini membelanya. Tahun 1997, ada tuduhan ke atas Anwar yang ketika itu di dalam kerajaan dan terdapat buku yang menulis berbagai tuduhan ke atas Anwar. Sebagai Pembangkang, sudah tentu Karpal Singh mahu Anwar disiasat sepertimana Anwar sekarang mahu Najib disiasat atas kes Altantuya. Mat Sabu juga ketika itu mahu Anwar disiasat di atas isu yang sama. Adakah Anwar tidak disiasat?
Semua maklum, akhirnya Anwar dipecat dari Kerajaan dan disiasat malah didakwa di mahkamah atas isu berkenaan. Keputusannya apa? Anwar bebas dari tuduhan walaupun sepanjang preses perbicaraan tersebut terlalu banyak kontroversi yang dapat dilihat. Ketika itu, Zul Kulim ini lah yang menyalak ke hulu ke hilir menyebut ini satu konspirasi jahat untuk jatuhkan Anwar.
Ertinya, apa yang Karpal Singh dan Mat Sabu mahu iaitu Anwar disiasat telah pun dilakukan dan mereka pun faham selepas itu bahawa semuanya itu adalah fitnah dan konspirasi jahat. Setelah Karpal Singh tahu apa sebenarnya yang berlaku kepada Anwar, apakah Karpal mahu Anwar difitnah lagi? Karpal Singh tidak pendendam seperti Zul Kulim walaupun beliau berugama Sikh. Peguam Muslim ini lah lebih hina dari Karpal Singh.
Berkaitan rakan-rakan rapat Anwar lari meninggalkan Anwar bukan hujah kuat untuk mengatakan seseorang itu bersalah. Bak pepatah, teman ketawa mudah dicari, teman menangis sukar dicari. Anwar tidak hanya hidup dan berjuang kerana teman-teman rapatnya sahaja. Beliau berjuang untuk rakyat marhaen keseluruhannya. Justeru itu, Anwar tidak akan meroyan jika beberapa temannya lari dari beliau kerana Anwar tahu beliau tidak mampu mahu mengenyangkan perut pengkhianat yang beberapa ekor itu.
Bagaimana pula dengan Zul Kulim yang beliau tahu rakyat yang mengundinya dahulu beribu-ribu lari darinya? Yang lari dari Zul Kulim berpuluh ganda ramainya dari yang lari dari Anwar. Mengapa Zul Kulim masih tebal muka di kerusi Parlimen Kulim Bandar Baru?
Di dalam tulisan beliau juga, Zul Kulim buat fitnah dengan mengatakan Solat Hajat yang dilakukan oleh PR dan penyokong-penyokong Anwar adalah untuk mendatangkan bala bencana kepada seseorang. Saya tidak tahu di mana ilmu yang ada pada Zul Kulim tentang Solat Hajat ini.
Apa yang beliau sakit hati sangat dengan Solat Hajat tetapi senang hati melihat Najib mengalungkan bunga di makam Kamal An Tarturk Laknatullah? Itulah Zul Kulim jika ada yang tidak kenal dan kita akan tunggu saat beliau `dihumban ke longkang' di dalam PRU nanti./wfauzdin.blogspot.com
0 Komen :
Post a Comment