BlogList Malaysia

18 April 2011

Ummi Hafilda Dengan Maruahnya

Ikrar Ummi Mahu Selamatkan Maruah Bangsa dan Negara di Jeli. Maruah Diri Macam Mana?

Aduhai, Ummi Hafilda lagi! Baru-baru ini diterbangkan ke Sarawak, selepas itu ke Jeli pula. Adakah Ummi menggunakan wang sendiri dan kerana kehendak sendiri/rela hati ke sana ke mari untuk memburuk-burukkan Anwar Ibrahim? Sekali dua mungkin orang percaya, namun kalau sudah 1Malaysia dia pusing, ada orang mahu percaya dia berbuat demikian kerana agama dan bangsa?

Baginda, sebelum ini, mendedahkan kepada media bahawa Ummi tidak akan melakukan sesuatu tanpa habuan. Oppps!

Hari ini seperti yang diberitakan di BH, Ummi kononnya berjaya menarik 1000 penonton "membanjiri" Kompleks UMNO Jeli di Bukit Nangka untuk mendengar ceramahnya yang diberi tajuk "Membongkar Segala Rahsia".


Cuba teka siapa pasangan ceramah Ummi? Menurut sumber berita, Umi Hafilda pada mulanya dijadualkan menyampaikan ceramah itu bersama-sama dengan bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Dr Mohd Fairuz Khairuddin, yang tiba-tiba tidak dapat hadir kerana mempunyai urusan di luar negara. Orang yang kononnya keluar PKR kerana tidak percaya kepimpinan PKR dan bimbang nasib Melayu di bawah PKR kini mencari barua UMCO.

Kata Ummi, “Ancaman ugutan dan penghinaan sudah biasa, malah dulu lagi teruk ketika beliau (Anwar) berkuasa. Dulu, saya berjuang berseorangan tetapi sekarang semakin ramai yang tampil mendedahkan perkara sebenar....Pada tahun ini, saya berazam untuk 'menguburkan' Anwar menerusi pendedahan salah laku penyelewengan serta kemungkaran dilakukannya termasuk di mahkamah dan jangan biarkan beliau menipu rakyat lagi,” Wow, Wah!!!

Dalam ceramah yang sama, Umi menafikan dakwaan pembangkang kononnya kemunculannya di pentas ceramah kerana diupah menjelang musim pilihan raya. Katanya, “Kemunculan saya ini atas rasa tanggungjawab untuk menyelamatkan maruah agama, bangsa dan negara selepas mendapati Barisan Nasional (BN) kehilangan lima negeri kepada pembangkang pada pilihan raya umum lalu dan ini membimbangkan jika Anwar berjaya menawan Putrajaya.”

Anda percaya kata-kata anak dara tua ini? Silakan!

Ummi mahu selamatkan maruah bangsa dan negara? Saranan DCM, Ummi sepatutnya menyelamatkan maruahnya terlebih dahulu. Jika ada masih yang tidak tahu, saman Ummi sebanyak RM100 juta terhadap Baginda dan Malaysia Kini baru-baru ini ditolak. Hakim Zabariah Mohd Yusof menolak saman itu selepas peguam kedua-dua plaintif dan defenden gagal menghadirkan diri apabila kes itu disebut. Orang yang mahu menyelamatkan maruah bangsa dan negara tidak serius menyelamatkan maruah sendiri? Baginda membuat kenyataan bahawa dia dan Ummi telah berzina di London, namun Ummi tidak serius membersihkan nama dan maruahnya, tetapi kemaruk mahu selamatkan Malaysia daripada Anwar Ibrahim????!!!

Sumber di sini

KLIK UNTUK SPONSOR BLOGLIST
Photobucket

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas