Lebih 200 pengundi berdaftar telahpun membuang undi sejak 8.00 pagi tadi di Sekolah Rendah Merpati Jepang, Satok.
Turut difahamkan, kebanyakkan yang datang mengundi awal pagi ini adalah daripada pro Barisan Nasional berdasarkan pakaian seragam 1Malaysia yang dipakai mereka.
Manakala di pintu masuk ke kawasan membuang undi, kelihatan jentera Barisan Nasional masih giat meraih undi di saat-saat akhir.
Calon PKR bagi DUN Satok Ahmad Nazib Johari turut dilihat membuat lawatan di pusat pengundian kira-kira jam 9.06 pagi.
Nazib ketika ditanya TvSelangor, apakah yang dibayangkannya ketika mengundi berkata, "Tentunya 30 tahun pemerintahannya (Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud) akan musnah hari ini."
Beliau percaya, pengundi juga membayangkan pripenting menolak legasi Taib dan Barisan Nasional dalam pilihan rakya negeri kali ini.
Beliau turut menyuarakan rasa yakin dengan bahawa pengundi, khususnya pengundi muda akan menolak Barisan Nasional dalam pilihan raya kali ini.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien turut kelihatan melawat pusat pengundian di Satok.
0 Komen :
Post a Comment