PRESIDEN SUPP Tan Sri Dr George Chan yang tewas telah menyalahkan kerajaan negeri dan kegagalan kerajaan persekutuan mendengar rungutan rakyat menyebabkannya mengalami kekalahan yang belum pernah berlaku kepada parti itu di Sarawak.
Dr Chan, yang tewas kepada DAP Sie Ling Kiong dengan 1,590 undi di Piasau, berkata Barisan Nasional juga bertindak "sangat sedikit dan terlalu lambat" untuk membetulkan "polisi yang tidak adil dan telus".
"Saya sangat sedih atas apa yang telah terjadi. Kami mengakui bahawa beberapa polisi yang diamalkan sekarang tidak adil.
"SUPP berusaha keras untuk bercakap menentang ketidakadilan ini dan memperbaikinya tapi nampaknya, ia terlalu sedikit dan sudah terlambat.
"Kedua-dua kerajaan (kerajaan negeri dan persekutuan) perlu mendengar dengan betul di atas kekecewaan rakyat dan berubah kerana keputusan pilihan raya menunjukkan ada ketidakpuasan yang meluas terhadap dasar-dasar yang tidak adil," katanya, sambil menyifatkan kekalahan parti disebabkan "isu nasional".
Bagaimanapun, Dr Chan menolak untuk menjelaskan masalah tersebut sambil menambah bahawa ini telah "cukup jelas".
"Rakyat mahukan kerajaan yang telus. Saya bersetuju dengan mereka. Kerajaan perlu mengubah cara mereka mengurus sesuai dengan cara yang rakyat ingini," katanya, samenambah bahawa para pemimpin Barisan juga harus realistik dan tidak yakin bahawa rakyat Sarawak akan terus menyokong mereka.
"Satu hal yang sangat jelas. Barisan Nasional tidak boleh terus seperti ini," katanya.
Menerima kekalahan SUPP, Dr Chan, 75, berkata partinya juga harus berubah dengan "kehidupan baru" dan perlu dilakukan segera.
"SUPP memerlukan pembaikkan keseluruhan. Mungkin kita akan dapatkan beberapa pakar politik untuk membantu memastikan parti ini terus hidup," katanya.
Dia menambah bahawa dia akan fikirkan langkah selanjutnya selepas mengadakan pertemuan dengan para pemimpin parti lain.
Dr Chan adalah wakil rakyat di Piasau selama enam penggal sebelum kekalahannya semalam.
Beliau memulakan kerjayanya sebagai seorang doktor di sebuah klinik di sini sebelum dilantik sebagai Pengerusi Majlis Daerah Miri pada akhir 1970-an.
Ling, peguam berusia 28 tahun, merupakan muka baru dan hanya menjadi ahli seumur hidup DAP Julai lalu.
Tajuddin thanks Zahid for burying the hatchet
54 minutes ago
0 Komen :
Post a Comment