PETALING JAYA: Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) hari melantik Irwan Fahmi Ideris untuk memenuhi kekosongan jawatan ketua wira.
Jawatan ketua wiranita yang telah dikosongkan oleh . Raihan Suleiman digantikan dengan Datin Paduka Norkhaila Jamaluddin.
Irwan dan Norkhaila sebelum ini memegang jawatan naib ketua dalam sayap wira dan wirawati Perkasa.
Arman Azha Abu Hanifa dan Raihan Suleiman menyandang jawatan ketua wira dan wirawati sejak penubuhan Perkasa dalam tahun 2008.
Kedua-dua mereka meletakkan jawatan bulan lalu kerana mahukan Perkasa memainkan peranan dalam politik negara.
Usul ini walau bagaimanapun tidak dipersetujui presiden parti, Datuk Ibrahim Ali.
“Penyandang jawatan bendahari, Datuk Shuaib Lazim turut digantikan kerana beliau tidak sihat,” kata setiausaha agung, Syed Hasan Syed Ali dalam kenyataan media selepas mesyuarat pusat Perkasa petang tadi.
Bendahari baru Perkasa ialah Dr Marzuki Ibrahim.
Shuaib ialah mantan senator yang menjadi tumpuan media berikutan pendedahan bahawa beliau adalah Datuk T.
Sementara itu, yang dipertua Perkasa Wilayah Persekutuan turut digantikan oleh Sharifuddin Abdul Hamid.
Penyandang sebelum ini, Datuk Mokhtar Samad melepaskan jawatannya kerana sibuk dengan tugasnya sebagai presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia. - FMT
0 Komen :
Post a Comment