WarkahDaily – Lapor The Malaysian Insider, khabarnya Perdana Menteri akan ke Gereja untuk mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin gereja Sarawak di Kuching hari ini, beritahu Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud semalam.
Menurut Taib, kononnya Najib akan membincang pasal isu Alkitab bagi meredakan masyarakat Kristian berhubung isu berkenaan menjelang hari penentuan pilihan raya negeri.
Tindakan itu dilihat cubaan Najib memperlihatkan simpati dan mahu menunjukkan keprihatinannya terhadap isu berkaitan masyarakat Kristian di Sarawak yang dikatakan menjadi penentu dalam pilihanraya negeri.
Selepas melihat gelombang rakyat yang memberi sambutan luar biasa terhadap Pakatan Rakyat (PR), Najib dilihat mahu menggunakan jalan terakhir untuk bertemu gereja dan mengharapkan masyarakat Kristian akan memberi undi simpati kepada Barisan Nasional (BN) kerana bermuka-muka Najib.
Jelas sekali, Najib terlalu terdesak dan tertekan dalam hal ini kerana mahu mengelak berlakunya tsunami penolakan Taib Mahmud akan menyebabkan tumbangnya kerajaan Najib dalam PRU ke-13 nanti.
Menurut Pengerusi persatuan Rt Reverend Datuk Bolly Lapok, beliau tidak tahu menahu tujuan pertemuan itu yang dikatakan akan diadakan di Hotel Hilton di sini, pukul 3.30 petang.
“Saya tidak tahu apa yang akan dibincangkan tetapi beliau menjemput kami untuk datang dan kami akan berada di sana esok,” katanya.
Nampak sangat Najib terhegeh-hegeh mahu menemui gereja dan tidak mustahil akan ada pengumuman atau membuat rayuan masyarakat Kristian agar memberi sokongan kepada BN.
0 Komen :
Post a Comment