Kepercayaan adalah perkara yang menentukan kebijaksanaan seseorang. Jika kita bijak memilih kepercayaan, maka bijaklah diri kita. Video seks yang bermain di dada akhbar menguji kita untuk memilih mempercayainya atau tidak mempercayainya.
Bagaimana untuk memilih kepercayaan?
Ada sesetengah blogers menyatakan bahawa lelaki perut buncit itu adalah DATO SERI ANWAR IBRAHIM kerana mimik wajahnya yang sama. Namun ianya ditentang habis-habisan oleh pihak parti Pakatan Rakyat kerana menyatakan lelaki itu perutnya terlalu maju ke depan dengan kata lain lelaki itu berperut buncit.
Orang Umno pula menyatakan hujah Pakatam Rakyat tidak releven. Mereka tetap untuk memilih untuk mempercayainya.
Kenapa untuk memilih percaya dan kenapa memilih untuk tidak percaya?
Jika kita memilih untuk percaya kerana kepentingan politik, maka manusia itu akan tidak memiliki otak yang pandai dan mungkin sedikit bodo dan mungkin juga bodo banyok!
Jika hendak percaya, gunakan fakulti pemikiran, bukannya mengguna fakulti kepentingan masing-masing. Sesungguhnya, perkara ini sangat berat dan ianya sudah menjadi perkara Fitnah. Dan sesungguhnya, tuan badan yang difitnah ini sudah terlalu banyak tomahan dan fitnah demi membunuh keriar politik DATO SERI ANWAR IBRAHIM.
Apa kepercayaan Jeming Hassan dalam kes video porno ini?
Bila terlihat video sudah berada di youtube, hati saya berdebar. Berdebar memikirkan apakah benar DATO SERI ANWAR IBRAHIM terlibat dalam video ini. Kepercayaan Jeming Hassan sedikit goyah. Namun, Jeming Hassan tidak mudah percaya tanpa menyelidiknya. Demi untuk memilih kepercayaan orang yang bijak pandai, maka Jeming Hassan melihatnya di video Facebook. Hati sedikit terkejut, wajahnya hampir sama. Sekali lagi kepercayaan diragui. Tetapi, jika menggunakan fakulti pemikiran, insyaallah, kita tidak akan sesat, tidak akan jahil. Maka betullah, jika tidak berilmu maka rugilah di dunia ini.
Jeming Hassan tidak percaya, ini semua kerja orang gila.
Banyak faktor yang diragui, jika orang Umno percaya atas dasar wajah yang sama, Jeming Hassan pernah dikatakan sama memiliki wajah seperti johnny depp. Dan Jeming yakin dan percaya, Jeming tidak pernah berlakon dalam filem pirates of the caribbean. Maka jelas, di dalam dunia ini, muka hampir sama bukan perkara biasa. Dan video itu juga gambarnya tidak jelas dan menggunakan video hitam putih.
Bukti wajah hampir sama tidak boleh dipakai.
Dan yang lagi menguatkan kenapa Jeming tidak mempercayai video itu, Jeming tertanya-tanya bagaimana lelaki dalam video 21hb Februari itu tidak berjanggut. Tetapi, DATO SERI ANWAR IBRAHIM hadir ke Mahkamah pada 22hb Februri dengan wajah berjanggut. Setahu Jeming, pisau cukur hanya mampu mencukur bulu bukan menambah bulu.
Jika orang Umno atau sesiapa yang mempercayai video itu, sila jawab soalan saya, bagaimana DATO SERI ANWAR IBRAHIM menambah bulu janggutnya pada 22hb April itu.
Dan banyak lagi faktor-faktor yang fakulti pemikiran ini menghalang untuk mempercayai video dari Thailand itu.
Nasihat Jeming, sila tonton video yang baik-baik dan sokong video tempatan. Video Thailand tidak kemah keming!!!!!
Dipetik dari jeminghase
Bekas Jeneral Ukraine: Perang Dunia Ketiga sudah bermula
6 minutes ago
0 Komen :
Post a Comment