Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mendengar penggulungan kes fitnah liwat kedua membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Peguambela Karpal Singh memulakan pengulungan bagi pihak tertuduh.
Karpal dalam hujahnya berkata, pada hari kejadian bertempat di unit kondominium Desa Damansara, pengadu yang juga bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan berpeluang untuk meninggalkan lokasi sebelum Anwar dituduh memaksa beliau melakukan seks luar tabii tanpa rela.
Namun kata Karpal, Saiful mengambil keputusan untuk tidak berbuat demikian.
Kata Karpal pengadu sebaliknya hanya menuruti permintaan Anwar walaupun beliau mengakui dipaksa tertuduh.
Seterusnya Karpal berkata, adalah penting bagi mahkamah untuk mengambilkira kredibiliti testimoni saksi yang diperhatikan tidak konsisten.
Katanya, sebarang bukti atau kenyataan lisan yang tidak kukuh harus ditolak mahkamah.
Anwar berhadapan dengan dakwaan meliwat Saiful Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.01petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Laporan lanjut menyusul.....
Kaki pelancong terpaksa dipotong semasa berkayak
20 minutes ago
0 Komen :
Post a Comment