Saya sangat terkejut apabila laporan media pemfitnah TV3 menyiarkan kenyataan Pengerusi JUST Dr. Chandra Muzaffar mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim meletakkan jawatan hanya kerana dipalitkan dengan isu video seks bikinan 3 Datuk pecacai Umno.
Dia mengambil contoh tokoh-tokoh politik dunia dan tempatan yang dikaitkan dengan skandal seks, mereka mengaku dan meletakkan jawatan. Chandra semacam hairan mengapa Anwar tidak mengaku dan tidak meletak jawatan. Bagi pengulas isu semasa yang kelihatan sudah nyanyuk itu, Anwar digambarkan seorang yang benar-benar penzina; justeru dia mesti mengaku dan letak jawatan.
Dr. Chandra sewaktu menjadi Presiden Aliran dulu adalag seorang yang disegani kerana buah fikirannya yang bernas dan tajam. Namun sejak 'dibeli' oleh BN, semua ulasan politik beliau sudah setaraf dengan Ibrahim Ali atau mana-mana katak politik bekas PKR yang lompat parti.
Sangat mengejutkan apabila Dr. Chandra turut mengulas isu jam tangan Omega, isu yang layak dimainkan oleh JKKP dalam Umno yang buta huruf. Inilah bahananya bila 'orang pandai' sokong Umno, terus bertukar mentaliti dan IQ jadi dungu sedungu-dungunya. Kesian Dr. Chandra, dulu mengulas isu dunia kini pengulas video seks...
0 Komen :
Post a Comment