BlogList Malaysia

14 April 2011

Ceramah PKR terhenti ekoran ugutan penyokong BN

PKR mendakwa ceramahnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Balingian, Sarawak malam tadi terpaksa dihentikan ekoran pemilik premis diugut oleh para penyokong Barisan Nasional (BN) ketika kempen pilihan raya negeri itu sedang rancak berlangsung.

“BN main kasar, mereka ugut tuan rumah supaya menghentikan ceramah PKR. Oleh kerana takut kejadian tidak diingini, kami terpaksa mematuhi ugutan tersebut.

“Kejadian ini berlaku di Kampung Geja dalam Dun Balingian yang ditandingi oleh Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud,” kata petugas PKR, Fariz Musa ketika dihubungi FMT.

Apple iPod touch 32 GB (4th Generation) NEWEST MODEL
Bekas Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR itu berkata, ketika kejadian itu, pihaknya mahu memulakan ceramah dan ekoran ugutan itu maka ceramah itu terpaksa dibatalkan dan berikutan kejadian itu, petugas PKR membuat laporan di balai polis Mukah.

Taib dicabar sepupunya, Datuk Salleh Jafaruddin, 67, yang bertanding atas tiket Bebas dan calon PKR, Suriati Abdullah, 50, dalam pertandingan tiga penjuru di Dun Balingian pada hari mengundi 16 April ini.

Ini merupakan kali ketiga beliau bertanding mempertahankan Balingian, selepas berpindah dari Dun Asajaya yang diwakilinya sejak 1981.

Menurut Fariz, dua hari lalu ceramah PKR di sebuah restoran makanan laut di pekan Mukah juga diganggu oleh penyokong BN.

“Mereka ganggu dengan membuat bising dan menjerit supaya orang tidak dengar pemimpin PKR, Datuk Dr Tan Kwee Wong berucap.

“Saya mengesyaki gangguan tersebut dilakukan oleh orang upahan Taib,” katanya.

Bagaimanapun, ceramah PKR itu diteruskan juga sehingga jam 12 tengah malam.

KLIK UNTUK SPONSOR BLOGLIST
Photobucket

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas