Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kapit – satu kawasan pedalaman di wilayah tengah Sarawak – menghentikan ceramahnya secara tiba-tiba setelah beliau disoal tuai rumah panjang mengenai video seks dan jam tangan Omega miliknya, kata seorang saksi hari ini, lapor Bernama.
Anwar, yang bercakap selama 20 minit, ditanya Tuai Rumah Edison Bugap di Melekun, Kapit, mengenai video seks, jam tangan Omega miliknya, kes liwat membabitkannya dan menegaskan bahawa penduduk rumah panjang ingin mendengar dari mulut Anwar sendiri mengenainya.
Anwar yang jelas kurang senang dengan pertanyaan itu enggan menjawab, sebaliknya memberitahu kira-kira 120 hadirin bahawa mereka sepatutnya lebih memikirkan tentang isu pembalakan dan Tanah Hak Adat, kata seorang penduduk kepada Bernama.
Ketua umum PKR itu menamatkan ceramahnya dengan mendadak dan meninggalkan majlis, tanpa terlebih dahulu meminta diri.
Isu video seks, membabitkan seorang pelacur dengan pelaku yang mirip ketua pembangkang itu, terus-menerus menghantui siri kempennya pada pilihan raya negeri Sarawak.
Ahad lepas, Anwar memarahi seorang wartawan penyiaran yang mengutarakan soalan mengenai jam Omega itu.
Anwar menafikan jam Omega yang didakwa ditemui dalam sebuah bilik hotel selepas adengan seks yang dirakam itu, miliknya.
Sementara itu, seorang saksi insiden itu, ketika dihubungi Malaysiakini, menafikan apa yang dilaporkan oleh agensi berita nasional itu.
“Apa yang berlaku ialah Anwar menyampaikan ucapannya apabila seorang tuai rumah (penghulu rumah panjang) bertanya tentang jam tangan Omega, video seks dan perbicaraan kes liwat,” katanya yang tidak mahu namanya disebut.
Anwar, katanya, menjawab soalan tersebut dan diterima oleh hadirin dan ketua umum PKR itu beredar seperti yang dilaporkan.
Menurut saksi itu lagi, beliau melihat satu SMS mengenainya dan menganggap ianya satu pemalsuan oleh jentera BN untuk memalukan Anwar.
“Apa yang berlaku ialah selepas Anwar menjawab soalan itu, beliau meneruskan ceramahnya. Orang itu yang meninggalkan rumah panjang dan bukannya Anwar,” katanya.
Beliau juga mempertikaikan jumlah hadirin di rumah panjang itu adalah 120 orang seperti yang dilaporkan kerana menurutnya terdapat 500 hingga 700 hadirin semasa insiden pada jam 11 pagi.
Katanya, kerusi Baleh menyaksikan pertandingan dua penjuru antara calon BN, Datuk James Masing dan Frankie Bedindang dari PKR.
15 April 2011
Anwar beredar bila ditanya tentang video seks, jam Omega
Dicatat Oleh
bloglist malaysia
Penanda
anwar
,
fitnah
,
pru sarawak
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 Komen :
Post a Comment