Ummi Hafilda lancar ‘peluru berpandu’ bongkar salah laku Anwar, Azmin
JERTIH – ‘Peluru berpandu’ yang bakal dilancarkan oleh Ummi Hafilda pada tahun ini dijangka menghancurkan karier politik Anwar dan abang kandungnya, Azmin Ali dalam Pakatan Rakyat (PR).
Ummi Hafilda berkata, serangan ‘peluru berpandu’ yang bakal dilancarkan itu bertujuan membuktikan bahawa Anwar dan Azmin memang bersalah serta tidak mahu rakyat Malaysia terus ditipu dengan agenda politik Anwar.
“Saya tidak risau dengan ancaman selepas ini kerana yakin apa yang dilakukan nanti bukan bersifat mementingkan diri sendiri tetapi untuk membongkar siapa sebenarnya Anwar dan Azmin demi agama, bangsa dan negara ini.
“Saya juga rela hilang abang kandung daripada menghancurkan lebih 20 juta rakyat Malaysia yang selama ini begitu bersungguh-sungguh untuk mengetahui kebenaran tetapi disebabkan taktik kotor yang dilakukan Anwar ia seolah-olah berjaya mengaburi mata rakyat,” katanya ketika menyampaikan ceramah ‘Pas Kluk Klek’ anjuran Biro Penerangan UMNO Dewan Undangan Negeri (DUN) Jertih, malam kelmarin.
Ummi Hafilda berkata, dalam serangan tersebut pembongkaran satu demi satu salah laku Anwar akan dilakukan terutama penyelewengan semasa menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan serta salah laku seksnya.
“Biarpun ramai menyatakan saya sengaja menimbulkan aib keluarga sendiri kerana turut mengheret Azmin dalam serangan peluru berpandu tetapi demi kebenaran saya redha dan yakin Allah SWT akan bersama hambanya yang bersedia untuk menyatakan segala kebenaran.
“Cukuplah rakyat ‘dikencingkan’ oleh Anwar selama 29 tahun dengan pelbagai cara tetapi tahun 2011 saya akan pastikan rakyat dapat menilai kewibawaan Anwar yang pandai menggayakan pelbagai watak untuk menyelamatkan dirinya,” katanya.
Sementara itu, Ummi Hafilda berkata, rakyat harus sedar sejahat-jahat UMNO, parti itu tidak akan memperdayakan orang Melayu di negara sendiri tetapi Anwar adalah pengkhianat nombor satu negara dan perosak ummah.
“Saya mahu rakyat Malaysia bangkit dan memastikan momentum yang akan dilancarkan nanti berjaya membuktikan bahawa Anwar memang ular berbisa yang boleh mematuk mangsanya pada bila-bila masa sahaja sekiranya berasakan dirinya terancam,” katanya.
21 March 2011
Ummi Sanggup Hilang Abang Demi Rakyat Malaysia
Dicatat Oleh
bloglist malaysia
Penanda
alat bn
,
ummi hafilda
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 Komen :
Post a Comment