Umno Kedah laksana sistem blok kukuh jentera p'raya
Umno Kedah akan melaksanakan sistem blok di semua bahagian di negeri itu bagi memperkukuhkan jentera parti di peringkat akar umbi menjelang pilihan raya umum akan datang.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata menerusi sistem itu, wakil akan dilantik menjaga setiap blok yang diwujudkan dan mereka berperanan mengenal pasti masalah pengundi dalam blok masing-masing sebelum dan selepas pilihan raya.
"Hasilnya terbukti apabila diperkenal sistem ini pada pilihan raya kecil di Kerdau, Tenang dan Merlimau baru-baru ini sebagai pendekatan baru," katanya dalam sidang media, di Langkawi semalam.
Mengulas lanjut, Ahmad Bashah berkata wakil itu juga bertanggungjawab memastikan pengundi di blok mereka keluar membuang undi pada hari pemilihan.
Beliau juga yakin sistem itu dapat membantu BN mencapai kemenangan jika dilaksana dengan baik.
Ahmad Bashah sebelum itu merasmikan pelancaran sistem blok untuk Umno Bahagian Langkawi. Pada majlis itu turut diumumkan 10 cawangan Umno di Langkawi yang berjaya mendaftarkan pemilih teramai dengan jumlah keseluruhan 2,227 orang.
- Bernama
4 penuntut IPT ditahan disyaki edar dadah
26 minutes ago
0 Komen :
Post a Comment