SHAH ALAM 18 MAC : Laporan Audit Yayasan Selangor yang akan dibentangkan Kerajaan Negeri bulan ini mengesahkan berlakunya perbelanjaan berlebihan oleh yayasan itu menerusi dua individu penting dalam organisasi tersebut.
Sinar Harian yang memetik sumber melaporkan, setakat November 2010, Yayasan Selangor telah mengalami defisit RM7.41 juta dan pasukan audit telah menyarankan kepada Lembaga Amanah Yayasan Selangor supaya membuat pertimbangan untuk menamatkan kontrak bagi dua individu terbabit.
Menurutnya, laporan audit tersebut, berlaku perbelanjaan secara 'bidan terjun' dilakukan oleh seorang individu yang disokong oleh individu yang lain (dua individu penting Yayasan Selangor) telah memberikan impak negatif kepada aliran tunai Yayasan Selangor.
Sementara itu, pasukan audit yayasan yang enggan didedahkan identitinya mengesahkan dakwaan sumber Sinar Harian berhubung isi kandungan Laporan Audit Yayasan
Selangor adalah benar dan tepat.
" Benar, itulah yang terkandung dalam laporan audit tersebut,"katanya ketika dihubungi semalam.
Sumber sama memberitahu, cadangan untuk menamatkan kontrak kedua-dua individu terbabit adalah disebabkan mereka tidak dapat menjaga kepentingan Yayasan Selangor dan membuat keputusan tertentu untuk kepentingan diri sendiri.
Sementara itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dijangka akan membentangkan laporan audit Yayasan Selangor sebelum berlangsungnya Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) bulan ini.
Sebelum ini, Bahagian Audit Dalam Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri telah melaksanakan audit terhadap Yayasan Selangor pada 29 November 2010 sehingga 1 Disember 2010.
Laporan audit kemudiannya diserahkan kepada Abdul Khalid, selaku Pemegang Amanah Yayasan Selangor pada 17 Disember 2010. - TVS
18 March 2011
Laporan Audit Yayasan Selangor Sahkan Berlaku Pembaziran
Dicatat Oleh
bloglist malaysia
Penanda
rasuah
,
umno selangor
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 Komen :
Post a Comment