BlogList Malaysia

25 March 2011

‘Jangan kata palsu’ - Hishammuddin

PUTRAJAYA 24 Mac – Semua pihak termasuk pembangkang tidak berhak mengeluarkan kenyataan bahawa rakaman video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang adalah palsu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan, adalah menjadi satu kesalahan mengeluarkan kenyataan awal seperti itu kerana mereka tidak tahu kesahihannya. “Mereka tidak berhak mengeluarkan kenyataan untuk menentukan kesahihan video tersebut kerana ketulenannya hanya dapat ditentukan selepas pihak polis selesai melakukan siasatan.

“Mengapa hendak menghakimi kes ini, sedangkan orang yang mengeluarkan kenyataan itu sendiri berkemungkinan besar belum tengok lagi rakaman itu,” jelasnya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan ulang tahun Pertahanan Awam Peringkat Kebangsaan Ke-59, di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Mahmood Adam dan Ketua Pengarah Pertahanan Awam, Datuk Abdul Halim Abdul Hamid.

Hishammuddin diminta mengulas kenyataan beberapa pemimpin parti pembangkang yang mendakwa rakaman video seks yang dikatakan membabitkan seorang pemimpin pembangkang bersama seorang pelacur warga China di sebuah hotel yang didedahkan kepada pihak media, Isnin lalu sebagai palsu.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan tidak akan campur tangan dalam siasatan polis kerana bimbang akan dituduh sebagai konspirasi.

“Saya tidak berminat mengulas panjang mengenainya kerana saya hanya berminat untuk mencari kebenaran dan mahu polis melakukan siasatan secara telus dan penuh berintegriti,” katanya. - utusan meloya


KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas