BlogList Malaysia

17 March 2011

Interlok - Muhyiddin Punca Semua Masalah

Sikap Perkauman Muhyiddin Punca Panel Bebas Interlok Gagal

SHAH ALAM 17 MAC : Bekas Naib Presiden MIC, Datuk SS Subramiam menyifatkan sikap perkauman Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi punca kepada kegagalan panel bebas Interlok bagi merungkai kemelut novel kontroversi karya sasterawan negara, Datuk Abdullah Hussin.

Beliau ketika dihubungi Tv Selangor berkata, sikap perkauman sempit Muhyiddin dapat dilihat dengan jelas apabila semua wakil rakyat dari India dalam panel berkenaan sebulat suara mengundurkan diri.

" Tan Sri Muhyiddin yang menjadi punca kepada semua masalah, dia yang menjadi pendorong kepada ahli-ahli panel Melayu.

" Semua orang tahu (Muhyiddin) mengamalkan perkauman. semua polisi beliau juga mengamalkan perkauman,"katanya.


Pada mesyuarat susulan panel bebas berkenaan bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, ketiga-tiga wakil India itu memutuskan untuk berundur dari badan yang
dibentuk kerajaan itu.

Menurut salah seorang penulis, Uthaya Sankar, tindakan itu dibuat setelah ahli-ahli panel lain menolak kira-kira 100 pindaan yang dicadangkan mereka walalaupun pada awalnya sudah disepakati bersama.

"Jadi, kami rasa dikhianati," katanya dipetik dari Malaysiakini.

Sementara itu, dua lagi anggota yang mewakili masyarakat India adalah Pengarah Pusat Pendidikan Global Aminuddin Baki Universiti Pendidikan Sultan Idris, Prof Dr NS Rajendran dan bekas pegawai Kementerian Pelajaran G Krishnabahawan.

Panel itu yang ditubuhkan Kementerian Pelajaran dan dianggotai lapan orang yang terdiri daripada pakar bahasa, ahli akademik, sasterawan, wakil Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta wakil masyarakat India.

Menurut Subramaniam, beliau setuju dengan tindakan ketiga-tiga wakil masyarakat India itu mengundurkan diri kerana mereka mewakili kepentingan seluruh masyarakat India di negara ini.

" Ini berkaitan satu kaum, bukan masalah satu atau dua orang," jelasnya yang menyifatkan novel berkenaan banyak mengandungi perkataan sensitif kepada kaum
itu.

Mesyuarat bersama Muhyiddin semalam walaupun memutuskan untuk menggugurkan perkataan "paria" namun lain-lain pindaan yang diputuskan panel masyarakat itu sebagai menghina kaum mereka, ditolak oleh Muhyiddin dan panel lain. - TVS

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas