Majoriti besar BN tanda kejatuhan PAS, dakwa Muhyiddin
Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil DUN Merlimau dan Kerdau sebagai satu kejayaan cemerlang bagi parti perikatan itu.
Jelas Timbalan Perdana Menteri, kemenangan BN dengan majoriti besar di kedua-dua kawasan itu menunjukkan isyarat jelas pengundi kini sudah kembali kepada BN dan menolak dasar pejuangan Islam yang dibawa PAS.
“Kemenangan ini disebabkan sokongan rakyat terhadap BN tidak berbelah bahagi, faktor kecemerlangan ini dapat diteruskan dan diulang malah momentum kemenangan ini dapat ditingkatkan lagi.
“Ia juga isyarat jelas bahawa perjuangan PAS tidak diterima. Kemenangan BN di Merlimau dan Kerdau menunjukkan protes rakyat kepada perjuangan PAS,” katanya pada sidang media selepas pengumuman keputusan di Dewan Platinum Politeknik Merlimau di sini.
Tambah Muhyiddin, sokongan pengundi di kawasan peti undi Melayu dan India amat menggalakkan selain undi Cina sudah kembali kepada BN.
Ketika ditanya sama ada BN akan terus meletakkan calon muda pilihan raya akan datang, Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno itu berkata calon yang bersih daripada sebarang skandal akan menjadi keutamaan.
“Calon muda menjadi salah satu faktor kemenangan dan kami akan letakkan calon yang paling sesuai untuk meningkatkan sokongan pengundi.
“Kita ambil semua perkembangan dan ia menjadi pendorong untuk kita bekerja lebih keras,” katanya.
07 March 2011
Bongkak Dan Angkuhnya Muhyiddin
Dicatat Oleh
bloglist malaysia
Penanda
muhyiddin
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 Komen :
Post a Comment