Lokman selar 'gaya hidup mewah' Wan Azizah
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim selalu menjadi sasaran kritikan oleh bekas orang kuatnya yang menyertai Umno, tetapi malam tadi, isterinya dan presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail juga turut menerima nasib sama.
Dalam ceramah di Bayan Baru, bekas setiausaha Pemuda PKR Lokman Nor Adam - kini ketua unit pidato dan penghujahan umum dan anggota Jabatan Hal Ehwan Khas - menyebut tentang "gaya hidup mewah" Wan Azizah dalam sebahagian ceramah 90 minitnya.
Lokman berkata ketika Anwar menjadi timbalan perdana menteri sehingga 1998, Wan Azizah membelanjakan banyak wang untuk kelengkapan pakaiannya bagi menghadiri pelbagai jamuan makan malam rasmi dengan suaminya.
Mengejutkan, ada yang sampai mencecah harga RM8,000 dan dia biasanya menempah 20 pasang setahun, dakwa Lokman.
Bagaimanapun, menyedihkan, tambah Lokman, apabila beliau dan beberapa yang lain ditahan bawah ISA di Kamunting dariapda 2001 hingga 2003, Wan Azizah didakwa tidak banyak membantu mengurangkan beban keluarga terbabit.
Dakwa Lokman, hanya NGO Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) yang berusaha menolong anggota keluarga sehinggalah mereka kehabisan dana.
Sehubungan itu, beliau menyoal, apa salahnya sekiranya Wan Azizah mengurangkan perbelanjaan untuk pakaian - daripada 20 kepada 18 - supaya wang itu dapat disumbangkan kepada anggota keluarga tahanan ISA.
Katanya, Wan Azizah juga tidak memberikan sumbangan duit raya RM500 kepada setiap keluarga seperti diarahkan Anwar ketika masih ramai ditahan ISA.-mkini
Anda mungkin juga meminati:
Lubang benam ‘telan’ jemaah solat Jumaat
36 minutes ago
0 Komen :
Post a Comment