Pelajar Malaysia yang masih terkandas di Mesir mengharap misi menyelamat disegerakan oleh kerajaan Malaysia ekoran mereka kini berdepan dengan pelbagai ancaman yang saban hari semakin meruncing.
Bagi mendapatkan penjelasan lanjut bekenaan keadaan di sana, Tv Selangor menghubungi sekumpulan pelajar Malaysia yang menginap di Subra di Jalan Warsyah.
Menurut wakil pelajar ini Mohamad Zihni, pelajar tahun empat jurusan Bahasa Arab yang menginap Subra, ketika dihubungi berharap mereka dapat dikeluarkan segera dari bumi Mesir dalam keadaan segera kerana khuatir nasib dan keselamatan mereka yang tersepit dalam pertempuranantara kumpulan pro dan anti Hosni Mubarak.
"Kami berharap kami segera dibawa pulang atau dikeluarkan dari Mesir ini, di sini hari Jumaat akan ada pertempuran antara pro dan juga anti-Hosni jadi kami khuatir terjadi sebarang impak besar terhadap kami, kami berharap secepat mungkin kami dikeluarkan.
"Kawasan di sini ada berlaku sedikit kekecohan walaupun kami dekat dengan balai polis, tetapi kami tidak mampu berbuat apa-apa, hanya duduk di dalam rumah sahaja," katanya.
Menurut Zihni, rata-rata mereka yang terkandas kini dalam keadaan kerisauan dengan krisis yang kian meruncing ini selain terpaksa hidup dalam keadaan darurat.
"Tentang pemakanan, kami masih dalam perintah berkurung malam, kami beli bekalan makanan dalam jumlah yang banyak, bagaimanapun kami berjaga-jaga dengan makan jamah-jamah seorang sedikit, yang kami risaukan kini ialah tentang kelambatan," jelasnya.
Melihat kumpulan pertama pelajar Malaysia yang menuntut di Mesir berjaya dibawa keluar dari Kaherah ke Jeddah, memberi seribu harapan kepada pelajar yang lain untuk turut dibawa keluar.
Namun, berita tersebut tidak banyak mengubah perasaan 200 pelajar Malaysia yang masih terkandas di Subra, kerana perjumpaan mereka dengan wakil kedutaan Malaysia semalam hanya sekadar taklimat dan penyerahan butiran peribadi sahaja.
Menurut Zihni, perjumpaan tersebut hanya untuk memberi butiran peribadi dan bantuan mengeluarkan pelajar Malaysia hanya tertumpu kepada pelajar perempuan sahaja.
"Semalam kami dalam pukul 12 tengahari, pelajar-pelajar di Subra hampir 200 pelajar diberi taklimat, kami hanya sekadar mengisi borang untuk pelan evakuasi.
"Yang akan dihantar dahulu adalah pelajar perempuan, dan lelaki dikemudiankan, tetapi memandangkan kawasan Subra ini adalah kawasan terdekat dengan tempat kejadian jadi ia merbahaya," katanya.
Kumpulan pertama yang terdiri daripada 356 orang pelajar termasuk seorang bayi berjaya dibawa keluar dari Kaherah semalam menerusi pesawat Boeing 747 milik Malaysia Airlines (MAS) jam 3 petang semalam waktu tempatan (9 malam waktu Malaysia).
Pemindahan pelajar selain mengunakan pesawat milik MAS, ia juga turut mendapat kerjasama AirAsia, Tentera Udara Diraja Malaysia dan Tentera Laut Diraja Malaysia.
Pada masa ini dianggarkan terdapat 14,000 pelajar Malaysia di Mesir yang berdaftar dengan Kedutaan Malaysia di sana.
Sejak 28 Jan lepas, beberapa demonstrasi jalanan dilaporkan berlaku di bandar-bandar besar Mesir termasuk di Kaherah, Dumyat, Suez, Tanta, Iskandariah dan Mansura bagi mendesak Presiden Hosni Mubarak meletakkan jawatan.
Peniaga pakaian diberkas disyaki cabul pelanggan
32 minutes ago
0 Komen :
Post a Comment