Makan malam KEADILAN Sarawak diganggu polis
SERIAN: Program jamuan makan malam yang dianjurkan KEADILAN Sarawak di Serian terpaksa dipindahkan ke Satok kerana diganggu pihak polis atas alasan tidak mempunyai permit.
Menurut Exco Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Zulhaidah Suboh berkata, program itu sepatutnya berlangsung di Parlimen Serian semalam yang menyaksikan kehadiran beberapa pimpinan KEADILAN di negeri itu.
“Akibatnya, kami terpaksa memindahkan program tersebut ke Satok yang jaraknya kira-kira 45 minit dari tempat asal. Walaupun begitu, program malam tadi mendapat sambutan hangat apabila ratusan hadir dari pelbagai kaum,” katanya.
Program itu dihadiri Penasihat KEADILAN, Datuk Hafsah Harun, Adun Padungan, Dominique Ng Kom Ho, Pengarah pilihan raya, Nicholas Bawing Anggat dan pimpinan parti dari pelbagai cabang seluruh negeri.
Ketika ditanya punca gangguan, Zulhaidah percaya ia bermotifkan politik dan yakin ada kaitan dengan sokong berterusan masyarakat Bidayuh terhadap perjuangan KEADILAN bersama Pakatan Rakyat.
Menurut rekod, majoriti pengundi dalam Parlimen Serian ialah masyarakat Bidayuh dan sejak tiga bulan lalu, pemimpin Bidayuh dalam BN kerap ‘mengancam’ masyarakat itu agar jangan menyokong perjuangan Pakatan Rakyat.
Golongan profesional Bidayuh menyertai KEADILAN sejak beberapa tahun kebelakangan ini termasuklah yang terbaru Datuk John Tenewi Nuek, yang merupakan bekas Duta Besar Malaysia di pelbagai negara selama 33 tahun, Beliau kini merupakan Naib Presiden KEADILAN.
RAKYAT MARHAEN
20 February 2011
Nak Makan Nasi Pun Kena Mintak Permit Ka??
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 Komen :
Post a Comment