SHAH ALAM 3 FEB: Ketua Sri Kandi PKR menyindir Datuk Najib Razak dan kerajaan Malaysia yang cepat mengatur perjalanan ke luar negara Datin Sri Rosmah Mansor yang menelan belanja ratusan ribu ringgit dengan begitu mudah, namum apabila melibatkan rakyat ia seolah-olah diketepikan.
Namun setelah didesak dan dikritik lantang beberapa pihak kerana lambat membawa pulang rakyat Malaysia di Mesir barulah ada tindakan daripada kerajaan.
Perkara ini jelas Siti Aisyah Shaik Ismail menunjukkan kerajaan tidak prihatin dan mengambil berat dengan keadaan para pelajar dan rakyat Malaysia di sana.
"Perjalanan Rosmah Mansor ke luar negara itu lebih tersusun dan lebih disegerakan tetapi bila bercakap soal rakyat yang kononnya menggunakan slogan rakyat didahulukan tapi kita tak lihat dalam konteks ini, rakyat kita di Mesir diutamakan terlebih dahulu," katanya lagi.
Beliau menambah Perdana Menteri harus peka dan juga menjawab isu ini kerana bukan isu yang melibatkan pelajar-pelajar sahaja tapi melibatkan nyawa dan masa depan mereka di sana.
"Kerajaan Malaysia pada peringkat awal tidak mengeluarkan kenyataan permulaan, kemudian pada peringkat setelah didesak dan dikritik baru mengeluarkan kenyataan bahawa belum lagi berada dalam keadaan genting dan selepas Selangor mengumumkan untuk memberikan bantuan kepada pelajar-pelajar di Mesir, kerajaan baru mengeluarkan kenyataan akan membawa pulang pelajar di Mesir tapi hanya menggunakan kapal tentera laut dan bukan pengangkutan yang lebih cepat dan efektif," katanya kepada Tv Selangor.
Aisyah juga mempertikaikan tugas duta kerajaan Malaysia di sana yang langsung tidak menunjukkan kredibiliti sebagai wakil kerajaan sedangkan Malaysia sepatutnya mengambil langkah proaktif dalam proses memindahkan mereka dengan kadar segera.
"Kita mempersoalkan Kerajaan Malaysia mengambil tegas isu ini kerana kita tahu bahawa sesebuah kerajaan itu dia mempunyai duta yang dihantar ke sesebuah negara dan kerana itu kita merasakan bahawa kerajaan itu mempunyai kabel yang kuat untuk melakukan transaksi pelajar-pelajar dari Mesir ke tanah air begitu cepat dengan mengikut prosedur lebih baik," katanya.
Sebelum ini, pelbagai negara mengambil tindakan membawa pulang rakyat mereka dari Mesir dengan menyewa atau menjadualkan pesawat ketika penunjuk perasaan semakin rancak mengadakan demonstrasi mendesak peletakan jawatan Presiden Hosni Mubarak.
Dua syarikat penerbangan China, Air China dan Hainan Air awal-awal lagi menjadualkan penerbangan membawa keluar rakyatnya dari Mesir.
Jepun pula, menyewa pesawat yang yang membawa 500 rakyatnya yang terkandas dari Kaherah ke Rom.
Amerika Syarikat (AS) dan Turki turut menawarkan untuk membawa pulang rakyat mereka dan syarikat penerbangan utama termasuk Lufthansa dan Air India berikrar menghantar lebih banyak pesawat ke Kaherah dan Iskandariah. - tvs
03 February 2011
Lambat Bertindak Bawa Pulang Rakyat, Bermewah Untuk Lawatan Rosmah
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 Komen :
Post a Comment