ROS beri parti Kita pimpinan Zaid lampu hijau
KUALA LUMPUR, 16 Feb — Parti Kesejahteraan Tanah Air (Kita) pimpinan Datuk Zaid Ibrahim telah menerima kelulusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk bergerak atas nama dan perlembagaan baru ketika spekulasi menyebut pilihan raya umum kemungkinan diadakan tahun ini.
The Malaysian Insider difahamkan sekretariat parti itu menerima notis kelulusan hari ini.
“Notis kelulusan diterima sebentar tadi, pucuk kepimpinan akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenainya dalam waktu terdekat,” kata pegawai Kita kepada The Malaysian Insider.
Menurut pegawai, kelulusan itu berkuat kuasa hari ini.
Permohonan mendapatkan kelulusan berhubung nama dan perlembagaan baru dikemukakan kepada ROS Kelantan 11 Januari lalu.
Sebelum ini parti itu dikenali sebagai Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim), parti politik yang beribu pejabat di Kota Baru.
Akim dalam mesyuarat agung tahunannya pertengahan Disember lalu telah menukar namanya menjadi Kita dan mengemukakan permohonan mendapatkan kelulusan menukar nama, logo dan perlembagaan.
Sejak itu parti itun diterajui oleh Zaid (gambar) yang keluar PKR November lalu.
Mesyuarat agung luar biasa parti itu, yang pertama kali diadakan di luar Kelantan Disember lalu. telah bersetuju untuk menukar Akim dengan nama baru Kita.
Zaid yang juga bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri dan calon timbalan presiden dalam pemilihan PKR tahun lalu mengambil alih jawatan baru itu daripada Zakaria Salleh pada mesyuarat agung luar biasa itu.
Beliau telah meninggalkan PKR pada 16 November lalu kerana kecewa dengan proses pemilihan kepimpinan parti itu dijalankan yang didakwanya mengandungi unsur-unsur tidak telus dan berat sebelah.
Beliau bertanding sebagai timbalan presiden dalam pertandingan tiga penjuru menentang Azmin Ali dan Mustaffa Kamil Ayub tetapi menarik diri atas alasan itu.
Zaid menganggotai PKR Jun 2009 selepas dipecat oleh Umno.
Kita hanya akan mempunyai satu cawangan di setiap negeri.
Sebelum ini Zaid berkata, beliau memilih untuk menyertai Akim kerana proses menubuhkan parti baru kerana ia akan memakan masa yang lebih cepat. - MI
16 February 2011
Cepatnya Parti Mesra BN Diluluskan Pendaftaran
Dicatat Oleh
bloglist malaysia
Penanda
kita
,
ros
,
zaid ibrahim
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 Komen :
Post a Comment