Drs Khalil Idham Lim menyifatkan Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim sudah sembuh dari ‘demam panas’ dengan memberi kenyataan yang menafikan dakwaan terlibat dalam satu kes pada 2007 lalu.
Katanya, sehari selepas itu dia cuba menyerang Pakatan Rakyat dengan lupa bahawa masalah yang membelit dirinya tidak akan berakhir dengan penafian.
Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak itu menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan Rais yang mendakwa kononnya Pakatan Rakyat dalam keadaan terdesak dan 'tersudut' sehingga sanggup bertindak di luar adab serta menyalahgunakan laman web termasuk khidmat blogger upahan.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu berkata, dengan munuduh tanpa bukti yang kukuh kononnya tindak tanduk tidak beradab Pakatan Rakyat termasuk mencerca kesultanan atau mempertikai konvensyen dan perlembagaan.
Malah, katanya, yang ketara ketika ini dalam isu pelantikan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor.
“Yang menghairankan saya adakah Rais ingat dengan menafikan dia sudah jadi bersih macam bayi yang baru dilahirkan sedangkan dia juga tidak sedikitpun nampak berani untuk menggunakan segala bala tentera yang ada kementeriannya untuk menampilkan blogger dan apa saja pihak yang didakwanya memfitnah beliau ke muka pengadilan,” kata Khalil kepada Harakahdaily.
Justeru itu, beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Perak mencabar Rais yang baru dapat ilham untuk menyerang kembali Pakatan Rakyat apabila baru menafikan skandalnya untuk mendakwa para blogger yang dianggap sebagai upahan.
Tambahnya, atau paling kurang membuat laporan polis untuk mereka disiasat dengan undang-undang yang ada bagi memastikan dakwaan Pakatan Rakyat mengupah mereka benar atau tidak.
“Tetapi setahu saya Rais pun sudah tidak sanggup untuk mengupah mana-mana blogger yang pro Umno kerana usianya dalam kabinet Najib nampaknya semakin singkat dengan isu tersebut.
“Malah saya meneliti banyak dari blogger Umno yang nampak seiring dengan blogger pro Pakatan dalam isu tersebut,” katanya yang juga Adun Titi Serong.
Baginya, lebih baik Najib menasihatkan Rais agar duduk diam dahulu sebelum banyak lagi telur busuk dilempar kepadanya, nanti busuknya akan merebak sehingga ke Dun Tenang.
Khalil menambah, dan tidak mustahil sampai PRU ke 13 untuk membuktikan itulah watak sebenar pimpinan BN yang pandai berlakon demi untuk kekal berkuasa.
07 January 2011
Rais baru sembuh dari ‘demam panas’
Dicatat Oleh
bloglist malaysia
Penanda
indon
,
rais yatim
,
rogol
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 Komen :
Post a Comment