BlogList Malaysia

04 January 2011

Si Bangsat Dari Kulim Menguek Lagi

MP Zul Noordin: Ops Gerhana mahu tukar kepimpinan PAS

Ahli Parlimen Bebas Kulim-Bandar Bharu Zulkifli Noordin mendakwa sudah ada perancangan sulit untuk menukar barisan kepimpinan PAS pada pemilihan Jun ini menerusi usaha dikenali sebagai “Ops Gerhana”.

Katanya, kepimpinan golongan ulama yang bertapak sejak lebih tiga dekad lalu hendak ditukar dengan “Kaum Si-Tanggang” – calon-calon yang kononnya dikatakan lebih bersifat moden dan profesional.

Zulkifli (gambar) mengeluarkan pandangan ini ketika terdedah laporan bahawa pemimpin-pemimpin PAS mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 24 Disember lalu.

Pertemuan itu turut dilaporkan dihadiri Yang di-Pertuan Agong di Istana Terengganu di sini.

“Apa yang lebih memeranjatkan teman ialah sudah adanya satu perancangan sulit dibuat untuk menukar saf kepimpinan PAS yang dikuasai oleh para ulama sekarang kepada golongan yang dikenali sebagai “Kaum Si-Tanggang” pada Muktamar Agung PAS Jun 2011 nanti.


“Teman mendapat maklumat satu gerak saraf dan kempen halus sedang dijalankan untuk meletakkan calon-calon yang kononnya dikatakan lebih bersifat moden dan profesional menggantikan kepimpinan “serban jubah” yang kelihatan kolot dan kekampungan; yang jelas bagi para Pak Tanggang ini akan memalukan untuk dibawa bermahkota di Putrajaya nanti,” katanya.

Pemilihan dua tahun sekali PAS dikatakan tidak akan ditangguhkan walaupun ada cakap-cakap bahawa pilihan raya umum ke-13 diadakan tahun ini.

Dalam blognya hari ini, bekas ahli PAS dan PKR ini berkata, “bila teman tengok di kalangan pak jangoat di Parlimen pun dah jelas.”

“Ramai di kalangan mereka dah malu nak pakai kopiah, walaupun sebelum ditabal sebagai YB kopiah tak lekang dari kepala.

“Hari ni, tinggal beberapa kerat sahaja yang mahu berkopiah, yang lain dah jadi YB Tanggang dah pun,” katanya lagi.

Zulkifli yang dipecat PKR awal tahun lalu menambah, dalam perancangan itu, beliau diberitahu bahawa beberapa nama telah disenaraikan untuk menandingi semua jawatan utama termasuk presiden, timbalan presiden dan naib-naib presiden.

“Dan, jawatan setiausaha agung serta bendahari agung juga akan dilantik daripada kalangan kaum tanggang ini. Siapa mereka, insya-Allah tiba masanya akan teman dedahkan.

“Namanya telah pun diberikan kepada teman, cuma teman perlu buat beberapa rujukan dan ‘counter check serta double check’ sebelum teman dedahkan,” katanya.

Wakil rakyat Konsensus Bebas ini berkata, beberapa mesyuarat dan perbincangan sulit telah pun mereka adakan untuk merancang dan melaksanakan konspirasi “Ops Gerhana”.

“Jika konspirasi sulit ini berjaya dilaksanakan, teman cukup percaya dan yakin prinsip dan semangat perjuangan PAS akan berubah daripada negara Islam kepada Putrajaya, demi memahkotakan pemimpin yang ditabal oleh bininya sendiri sebagai anugerah tuhan.

“Sebab itu teman namakan konspirasi ini sebagai ‘Ops Gerhana’, pakatan untuk menggelapkan lambang bulan purnama PAS dengan perjuangan negara Islamnya! Semoga perkara itu tidak terjadi, na’uzubillah,” katanya.

Oleh itu tambah beliau, menjadi tanggungjawab semua ahli PAS mengekalkan kepimpinan yang ada, yang bernaung di bawah kepimpinan ulama.

“Saudara-saudari akan diduga dengan habuan dan jawatan, dan mereka yang gelap mata pasti akan tewas,” katanya.

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas