Berbanding dengan Presiden MCA yang terdahulu, Chua Soi Lek banyak melakukan 'perlanggaran' terutama yang membabitkan Melayu dan Islam. Dalam kempen di Labis untuk pilihanraya kecil Tenang, Chua Soi Lek cukup terkenal dengan kontroversi calon PAS tidak mahu bersalam dengan bukan muhrim dan dianggapnya sebagai satu tindakan konservatif PAS untuk mewujudkan Negara Islam.
Chua Soi Lek tidak mungkin tidak tahu bahawa persentuhan kulit antara bukan muhrim berlainan jantina tidak dibenarkan di dalam Islam. Kalau Ong Tee Kiat, bekas Presiden MCA yang sebelum ini pun tahu bahawa apabila seseorang itu telah mencapai tahap baligh dan mumaiyiz, maka larangan berkenaan terus berlaku secara automatik, masakan Chua Soi Lek tidak tahu. Sedangkan ini negara yang bermajoritikan Melayu dan Islam adalah agama rasmi.
Janji Soi Lek, dia akan menggunakan butiran tentang Negara Islam sebagai bahan kempennya. Kononnya untuk menakut-nakutkan orang Cina di Labis agar tidak menyokong PAS. Konon-kononnya buruk sangatlah Islam dan kejam sangatlah Islam kepada golongan bukan Islam.
Ini bukan soal Barisan Nasional atau permuafakatan politik. Ini persoalan akidah. Sekalipun bersekongkol dengan MCA seharusnya, UMNO lebih pro-aktif dalam 'menasihati' Chua Soi Lek agar tidak berlebih-lebih dalam perkara yang dia sendiri sekadar dengar tetapi tidak faham.
Blog Pencacai
25 January 2011
PRK Tenang - Umno Sokong Chua Sebab Dia Komponen BN
Dicatat Oleh
bloglist malaysia
Penanda
anti islam
,
chua soi lek
,
prk tenang
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 Komen :
Post a Comment