BlogList Malaysia

12 January 2011

P'raya kampus: 300 pelajar pro-M kempen di Unisel

Kumpulan pelajar Pro-Mahasiswa (Pro-M) akan menjadikan kampus Universiti Industri Selangor (Unisel) sebagai medan pertama kempen pilihan raya kampus bagi 2011.

Pengerusi Pro-M Nasional Mohd Taufiq Abdul berkata, langkah itu memandangkan kampus berkenaan merupakan universiti pertama yang mengadakan pilihan raya bagi sesi pengajian tahun ini.

"Kita melancarkan kempen (di situ) dan turun memberikan sokongan dalam pilihan raya kampus di Unisel," katanya dalam satu sidang media di Universiti Putra Malaysia (UPM) hari ini.


Katanya lagi, Pro-M akan menggerakkan sekurang-kurangnya seramai 300 mahasiswa akan turun berkempen dan memberi sokongan kepada calon mereka yang menawarkan diri dalam pilihan raya berkenaan.

Katanya, proses penamaan calon di kampus Unisel ditetapkan pada 17 Januari ini, manakala pengundian ditetapkan pada 23 Januari depan.

Tarikh pilihan raya kampus bagi semua kampus di seluruh negara pada tahun ini "masih lagi di peringkat perbincangan," katanya lagi.

Bagaimanapun, pihaknya menjangkakan ia akan berlangsung selepas sambutan Tahun Baru Cina – antara 17 hingga 25 Februari depan.

Tambahnya, jangkaan itu adalah berdasarkan maklumat yang diperolehinya daripada pengerusi Pro-M di semua kampus universiti.

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas