BlogList Malaysia

02 January 2011

Pertemuan UG Adalah Tidak Benar Dan Fitnah

Fitnah UG : PAS saman Siasah.

PAS hari ini memfailkan saman terhadap akhbar Siasah dan pemilik blog Tinta Merah yang mendakwa berlaku satu pertemuan Kerajaan Perpaduan membabitkan pemimpin tertinggi PAS, pemimpin tertinggi UMNO dan YDP Agong.

PAS yang diwakili Tetuan Hanipa & Associates telah memfailkan writ saman kepada Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kira-kira jam 11 pagi tadi.

Selain peguam Hanipa, turut hadir Presiden PAS, Tuan Guru Hadi Awang serta penyokong PAS yang hadir bagi memberi sokongan. Selepas itu, mereka berarak ke luar kawasan mahkamah dan membakar akhbar Siasah itu bagi menunjukkan simbolik kepada bantahan fitnah tersebut.


Difahamkan, akhbar Siasah itu hampir ditutup pada suku tahun pertama tahun lepas. Tetapi dibantu kewangannya oleh Syabas. Syarikat air Selangor yang diswastakan itu dilaporkan turut menaja muktamar PAS 2008.

"Fitnah ini tidak benar sama sekali. Pertemuan itu tidak berlaku sama sekali. Demi kesatuan jemaah, saya pasti akan nafi. Saya pasti akan ambil tindakan undang-undang. Saya adalah Presiden kepada PAS. Saya bertangungjawab terhadap ini semua." Tegas Presiden PAS itu ketika ditemui.

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas