BlogList Malaysia

15 January 2011

Cubaan Umno Selangor Edarkan Akhbar Haram Gagal

Pihak kami menerima laporan cubaan untuk mengedarkan 'Selangor Terkini' yang diterbitkan secara haram oleh pihak tidak bertanggungjawab di sekitar Jeram, Kuala Selangor telah berjaya dihalang.

Menurut Hj Ibrahim, salah seorang aktivis PAS di Pekan Sg Buloh mengesyaki cubaan edaran akhbar palsu ini telah didalangi oleh JKKP dan beberapa individu bersama kenderaan yang berlegar-legar sekitar Masjid Pekan Sg Buloh sekitar 10 pagi.

Cubaan mereka telah berjaya digagalkan apabila beberapa AJK masjid sekitar telah dimaklumkan untuk berjaga-jaga kerana telah mendapat maklumat awal.

Selangor Terkini telah dicetak secara haram dan menyerupai akhbar rasmi Selangorkini dipercayai mempunyai niat jahat untuk mengelirukan dan menjejaskan keharmonian rakyat Selangor.

Sumber: PAS Kuala Selangor

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas