Dakwaan saya dipulau Umno Labis satu fitnah, kata calon BN
Calon Umno-Barisan Nasional (BN) Mohd Azahar Ibrahim menolak bulat-bulat dakwaan bahawa beliau “diboikot” kepimpinan Umno Labis ekoran pemilihannya sebagai calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Tenang.
Kempen pilihan raya kecil ke-14 ini masuk hari kedua hari ini.
Mohd Azahar menegaskan dakwaan itu tidak benar dan fitnah semata-mata mahu menjejaskan imej beliau.
“Tak ada... tak ada... itu satu fitnah. Itu adalah politik, kalau lihat ramai yang ikut saya.
“Dakwaan itu tidak benar, ia adat politik,” katanya selepas mengadakan lawatan di Pasar Awam Labis di sini pagi tadi.
Pengundian akan diadakan pada 30 Januari.
Sebelum ini, ada khabar angin mengatakan Umno Labis tidak menyokong pemilihan Mohd Azahar sebagai calon, namun ia juga dinafikan Ketua Wanita Umno Labis Haslinda Salleh dan Setiausaha Umno Labis Abd Razak Abd Rashid.
Kedua-dua mereka sebelum ini disebut-sebut berpeluang menjadi calon.
Selain itu, Ketua Umno Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menegaskan sayap itu akan memberikan “sokongan 110 peratus” kepada Mohd Azahar dalam pilihan raya kecil kerusi Tenang yang kempennya bermula semalam.
Umno-BN meletakkan Mohd Azahar, bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit manakala PAS-Pakatan Rakyat diwakili oleh Normala Sudirman, Ketua Muslimat PAS Labis dan bekas guru sebagai calon.
Lelaki alami masalah psikiatri maut terjun jambatan Klang
12 minutes ago
0 Komen :
Post a Comment