Zaid yakin Kita mampu saingi Pakatan, BN
Datuk Zaid Ibrahim dengan penuh yakin memberi amaran kepada pesaing-pesaingnya — Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) akan membawa impak signifikan dalam pilihan raya umum ke-13 meskipun ahlinya hanya sekitar 300 orang sekarang.
Bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) ini berkata, walaupun parti barunya kecil dari segi keanggotaan, tetapi mampu memberi saingan kepada kedua-dua Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional (BN) dengan meletakkan calon-calon yang berkualiti.
“Sudah pasti kami boleh lakukan. Ya, kami sudah ada sejumlah calon. Saya tidak boleh mengatakan berapa ramai, tetapi ya, saya salah seorang daripada mereka.
“Kami ada keanggotaan yang kecil jumlahnya, hanya kira-kira 300 orang, tetapi bukan aspek keahlian yang menentukan sokongan, tetapi kualiti pemimpin-pemimpin kami,” kata beliau kepada The Malaysian Insider dalam satu pertemuan eksklusif baru-baru ini.
Rabu lalu, parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) yang berpangkalan di Kelantan ditukar menjadi Kita selepas Zaid dipilih sebagai presiden yang baru.
Zaid , yang keluar PKR bulan lalu berkata, bilangan keanggotaan Kita dijangka meningkat berlipat ganda dalam beberapa bulan akan datang menjelang pilihan raya umum ke-13.
Bekas menteri Kabinet ini juga mendakwa bahawa sementara musuh-musuhnya sudah pun menyangkal kesan kehadiran mereka dalam landskap politik negara, Zaid masih percaya pihaknya “sudah pun membawa kelainan” setakat ini.
“Saya percaya saya sudah pun bawa banyak kelainan (setakat ini). Jadi oleh itu, kehadiran kami akan dirasai,” kata beliau yang juga seorang peguam, menyertai Umno sebelum dipecat akhir 2008.
Beliau memenangi kerusi Parlimen Kota Baru pada 2004 semasa masih dalam Umno dan bertanding pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor April lalu atas tiket PKR-Pakatan tetapi tewas.
21 December 2010
Zaid Ibrahim Idamkan Jawatan PM
Dicatat Oleh
bloglist malaysia
Penanda
zaid ibrahim
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
2 Komen :
inilah manusia pemutar belit...
gua rasa dia dajal...
Siapa kata Zaid ingin jadi PM, kau orang ingat si Zaid ini bodoh.
Projek besarnya 40% telah berjaya, membinasakan PKR dari dalam.
Sekarang projek si Zaid yg kedua, peratusan kejayaan dijangka amat besar.
Mengembalikan semula Kelantan kepangkuan UMNO. Kejayaannya amat cerah kerana kedudukan PAS amat lemah dari segi perjuangan. Yang ada hanya tin-tin kosong yg penuh retorik, dan watak-watak yg cenderung menyamai jiwa UMNO. Namun penghalang utama kepada projek Zaid di Kelantan adalah sokongan akar umbi PAS. Ahli dan penyokong PAS mesti bertegas menentukan pimpinan parti dan wakil rakyat yang memimpin PAS mestilah terdiri daripada mereka yg tidak memiliki budaya berfikir dan budaya hidup sejenis dgn perangai UMNO.
Bangun untuk berubah sebelum rakyat menghanyut PAS ke laut cina selatan.
Post a Comment