Bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo akan melepaskan jawatan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor berkuatkuasa serta-merta.
Mengenai jawatan lain dalam Umno, ADUN Sungai Panjang itu berkata beliau menyerahkannya kepada pucuk pimpinan parti.
Dr Mohd Khir juga merupakan ketua Umno bahagian Sungai Besar.
Beliau membuat pengumuman itu dalam blognya hari ini.
Pagi tadi beliau didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam berhubung pemilikan dua lot tanah dan sebuah rumah mewah di Shah Alam.
Khir ddakwa telah mendapatkan untuk dirinya dan isteri Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat no 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarah Ditamas, Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.
06 December 2010
Khir Toyo Lepas Jawatan Ketua Pembangkang Selangor
Dicatat Oleh
bloglist malaysia
Penanda
khir toyo
,
rasuah
,
umno selangor
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
4 Komen :
keh keh keh!
bersiap sedia, perang sudah bermula, nak tunjuk baik nak tunjuk integriti tinggi.
Siapa tiada guna mesti disembelih utk dijadikan kambing hitam, hidup pun tiada guna lagi, cuma jadi penyemak depan gol, telunjuk dituju ke TOYOL, terimalah si TOYOL dengan paksa rela.
Kagumlah si bodoh, pujilah si bangang, tersenyumlah si bengong, projek ini nak tipu melayu, melayu bodoh bangang bengong ditipu lagi.
taktiknya adalah serupa dan sama, dekat pilihanraya tangkap, lepas pilihanraya bebas balik, tiada bukti salah teknik, merdeka tersenyum si lanun, tersengih si penyamun. Mustahil si perompak menangkap pencuri, mustahil si lanun menangkap penyamun.
jangan mudah buka hati, ini taktik taik UMNO nak tipu melayu.
Salam, Saya mengucapkan Jutaan terima kasih atas kesudian yang paling banyak membaca Blog SRK, saya mohon tunjuk ajar dari Saudara jika serba kekurangan dari segi apa apa pun jua didalam Blog saya, terima kasih sekali lagi kerana meling Blog saya ke Blog Saudara, dan selamat menyambut Maal Hijrah 1432 Awal Muharram, semuga saudara dan keluarga dipanjangkan umur dimurahkan Rezeki. Amin
Salam SRK.. Sama2 demi perjuangan.. Selamat Menyambut Maal Hijrah 1432..
sepatah haram aku dah tak percaya dengan umno nihhh....dakwa je sorang ni dah kira umno dah bersih.....boleh jalann...
jgn bimbang nanti khir akan "dibersihkan" oleh sprem
Post a Comment