BlogList Malaysia

10 December 2010

Jangan gadai maruah PDRM macam nasib Pulau Batu Putih

Bekas pegawai kanan polis Datuk Mat Zin Ibrahim menulis surat terbuka kedua kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar (gamber) agar menjalankan siasatan terperinci berhubung isu keterangan palsu mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya tidak mahu melihat “nasib Pulau Batu Putih” berulang lagi.

Dalam surat terbuka kedua yang diserahkan kepada Ismail, Mat Zin berkata, pemalsuan tersebut dilakukan dengan terperinci bagi memenuhi motif-motif tertentu.

Semalam The Malaysian Insider melaporkan bahawa Putrajaya akan mengumumkan keputusan final Isnin ini sama ada perlu membuka semula kertas siasatan berkaitan insiden mata lebam Anwar, yang berlaku 12 tahun lalu, ekoran dakwaan wujudnya bukti terbaru.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz memberitahu The Malaysian Insider, beliau akan menjawab gesaan pembangkang di Parlimen minggu depan berhubung isu itu dan keputusan yang bakal diumumkan adalah “muktamad”.

Read more

1 Komen :

Anonymous ,  December 10, 2010 at 6:22 PM  

Nazri Aziz kata pengumuman yang akan dibuat merupakan "muktanmat".Apa yang muktamat? Siapa kata muktamat?Nazri Aziz bukan mahkamah,dia hanya mandor mahkamah.Selagi Gani Patail dan Musa Hassan tidak diseret kemahkamah kerana memalsukan bukti-bukti "mata lebam" - tidak ada yang muktamat.Muktamat bermakna kerajaan UMNO/BN akui kes ini sudah dipalsukan dan tindakan yang wajar mesti diambil terhadap Gani Patail dan Musa Hassan.

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas