Zaid: ‘Saya tidak sertai PAS, susah parti besar-besar ini’
Datuk Zaid Ibrahim hari ini menjelaskan beliau tidak akan menyertai mana-mana parti politik termasuk PAS sebaik sahaja keluar secara rasmi daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) 16 Disember ini.
Sebaliknya, bekas pengerusi PKR Wilayah Persekutuan itu berkata, adalah lebih baik jika menubuhkan parti baru daripada menyertai PAS.
“Saya tidak akan masuk PAS, susah parti besar-besar ini.
“Lebih baik saya sendiri,” kata beliau kepada The Malaysian Insider ketika ditemui selepas sidang media di rumahnya di sini pagi ini.
Terlebih dahulu ketika sidang media itu, Zaid berkata beliau akan meninggalkan PKR berkuat kuasa 16 Disember ini.
Beliau turut mengesahkan kemungkinan akan menubuhkan parti baru berkata beliau “sudah pasti” akan bertanding dalam pilihan raya umum ke-13.
Namun menurut Zaid, parti baru itu hanya akan ditubuhkan sekiranya mendapat sokongan daripada penyokong-penyokong beliau.
Semalam, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata sama ada parti Islam itu akan menerima Zaid sebagai ahli PAS bergantung kepada keputusan yang dibuat Zaid hari ini.
19 November 2010
Zaid Susah Nak Naik Jika Sertai Pas
Dicatat Oleh
bloglist malaysia
Penanda
zaid ibrahim
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
2 Komen :
Tuan Blog...
Tak ada cara lain untuk menjadi Presiden parti. Tak kan nak jadi ahli biasa.
Elok lah zaid tubuh parti baru kerana cita2 nya ialah Jawatan Presiden.
Maka terbongkarlah cita rasa zaid ini setelah gagal dlm Umno dan PKR.
Bila tubuh parti baru ajak lah sekali blogger yang sekian lama menyokong bagai nak rak si zaid nih.
Agak2 berapa kerat yg nak ikut parti baru nih....Tapi kepada yg cerdik akan faham jika saya katakan "zaid bukan anwar (PKR) dan zaid bukan Tengku Razaligh (S46).."
oleh
WarikHirang
setelah PKR jadi punah ranah dan bergonyang sepeti punggung penyanyi dangdut, kini nak jadikan PAS pula jadi seperti lalang ditiup angin musim tengkujuh.
Namun jangan terkejut, kalau Zaid menyertai PAS atas hamparan permaidani merah para pemimpin PAS, kerana mereka sangat berminat untuk menjadikan parti PAS seperti terlaga buruk, apa benda boleh dibuang dakam terlaga tersebut.
Sepatutnya pemimpin PAS terasa malu bila melihat tiang letrik tepi jalan, tidak tergamak untuk bercakap dan mengait kaitan PAS dengan Zaid. Tapi kerana kegemaran sebahagin pemimpin PAS untuk menganga mulut berbau petai depan hidung orang, maka dinganganya mulut yang busuk itu depan orang.
Kalau UMNO dan PKR diceraikannya tanpa nafkah, kalau UMNO dan PKR dibelit ditengkok olehnya, kalau UMNO dan PKR terasa memikul kepala keretapi memikulnya, kalau UMNO dan PKR menyesal kerana adanya, mengapa PAS ingin jadikannya isteri.
Kalau lapar sangat nak beristeri, PAS mesti cari anak dara, bukan janda bekas sepuluh suami.
Namun kalau tergila-gila, ada jawapannya :"Bagaikan Saidina Umar telah bertaubat".
Kerana sikap inilah ada pada PAS, Brahim Ali PERKASA tanpa rasa aib dan malu tunggeng punggung kepada PAS.
Post a Comment