Azmin Ali, yang menjuarai persaingan jawatan timbalan presiden PKR yang berakhir semalam, secara terbuka membidas bekas pesaingnya, Datuk Zaid Ibrahim sebagai seorang pemimpin yang gagal sejak hari pertama dalam parti itu.
Dalam kenyataan pertama selepas mengakhiri persaingan, Ahli Parlimen Gombak ini yang memperoleh kemenangan selesa dengan majoriti besar menyifatkan Zaid sebagai pemimipin yang tiada sikap rendah diri, malah tiada semangat berpasukan meskipun kepimpinan parti memberikan beliau jawatan tertinggi sejak menyertai PKR pertengahan tahun lalu.
Sehubungan itu, Azmin mengucapkan “semoga berjaya” kepada Zaid yang mahu menubuhkan parti baru.
“(Tetapi) saya tidak pasti sama ada beliau boleh berjaya atau tidak,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Pada sidang media berasingan di Petaling Jaya, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan Zaid bukan lagi ahli parti itu selepas pihaknya menerima notis keluar parti 19 November lalu.
22 November 2010
Zaid pemimpin gagal sejak hari pertama, tiada semangat berpasukan
Dicatat Oleh
bloglist malaysia
Penanda
azmin
,
pemilihan
,
zaid ibrahim
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 Komen :
Post a Comment