BlogList Malaysia

04 November 2010

T-Shirt 1 Malaysia Boleh Masuk Tempat Mengundi - SPR

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata pemilih dibenarkan memasuki pusat pengundian dengan memakai kemeja-T bertulis 1Malaysia.

"Boleh, OK, kita hanya haramkan logo parti politik, kamu nak tulis 2Malaysia juga boleh," kata Wan Ahmad kepada Malaysiakini ketika melawat SRJK(C) Gua Musang.

Beliau mengulas desas desus bahawa sesiapa yang memakai kemeja-t sewaktu mengundi akan mendapat RM100 sebagai "ganjaran".

Memberitahu beliau tidak mendapat sebarang aduan setakat ini, Wan Ahmad mencabar "pembawa cerita" itu membuat laporan polis supaya siasatan dapat dibuat.

"Sesiapa yang mempunyai maklumat, tolong laporkan pada pihak polis. Kita dengar banyak cerita hari ini tetapi tidak menerima sebarang laporan," kata Wan Ahmad.


Ditanya tentang pemantauannya sekitar tempat pengundian hari ini, beliau berkata perjalanan dalam pusat pengundian berjalan lancar, tetapi terdapat beberapa masalah di luar tempat itu.

Katanya, terlalu banyak orang luar datang ke Galas, sekali gus mencetuskan ketegangan apabila kedua-dua penyokong parti bertanding saling memprovokasi pihak lain.

"Bila kami provokasi, pihak satu lagi akan naik angin," katanya sambil berkata setakat ini tiada pergaduhan di Batu Papan kerana pihak polis menghalangnya dari masa ke semasa.

1 Komen :

azman kamarul November 4, 2010 at 3:18 PM  

SPR dah dijangkiti penyakit gila babi.

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas