Keputusan di Galas sudah dijangka. BN akan menang. Tetapi majoriti
yang diperolehi itu amat mengejutkan. Jangkaan majoriti bawah
seribu.Namun apa yg berlaku adalah sebaliknya. Sejak pilihanraya dulu2
lagi memang undi orang asal memihak kepada BN. Dalam PRU-12 lalu pun
semua peti undi orang asal dimenangi oleh BN.
Yang menang tentu amat yakin bahawa rakyat kembali memberi sokongan.
Yang kalah sudah pasti menyalahkan itu dan ini. Kesalahan tentunya
banyak kepada faktor luaran parti seperti penggunaan media massa oleh
BN, beli undi, ugut, janji itu dan janji ini. Namun kepada Pakatan
Rakyat ia perlu dijadikan muhasabah. Kena lihat diri sendiri kenapa
peti undi yang dulunya menang, sekarang semuanya kalah.
Jangan anggap walaupun Galas itu berada di pedalaman, rakyat buta ilmu
dan tidak tahu dunia luar. Pengundi kini semuanya cerdik2 belaka. Tak
kira di bandar atau luar pandai. Tak kira yg berjawatan tinggi ataupun
yang menoreh getah dan menangkap ikan. Semua yang berdaftar sebagai
pengundi, nilai undinya adalah SATU bagi setiap orang.
Oleh itu, Pakatan Rakyat perlu meliohat dan mengkaji punca-punca
kekalahan, khususnya dari aspek dalam parti sendiri. Kenapa rakyat
menolak calon PAS walaupun Menteri Besar Kelantan dan bakal Perdana
Menteri (DSAI) sendiri yang turun berkempen. Jika 'kesedaran' terhadap
perjuangan asal dilupakan kerana asyikl gilam jawatan dan masih
mengharapkan habuan dunia, sudah pasti sekali lagi Pakatan Rakyat akan
tewas dan PKR akan berkubur selepas PRU-13 nanti.
BN akan dipilih kerana parti itu benar-benar menjadi 'JUARA
RAKYAT'...............usah terlalu banyak salahkan pihak lawan, jika
parti sendiri penuh dengan hasad dengi dan lobi melobi..........rakyat
yang menilai dan akan menghukum....
Kedah Lama
05 November 2010
PRU 13 - Pakatan Rakyat Perlu Cermin Diri Sendiri
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
4 Komen :
bagi saya, prk terbaru nie.. memerlukan pihak PR merancana satu pelan yang berkesan bagi menarik pengundi di bahagian pedalaman yang rata lebih cenderong kepada media masa dan akhbar.bagi saya pihak Pr perlu lebih kerap memberi risalah di kawasan pedalaman. pihak PR perlu lebih kerap turun pantau masalah rakyat dan selalu lakukan aktiviti kebajikan tanpa perlu publisiti.. x perlu tunggu pilihan raya.. jangan pikirkan apa yang kita buat mereka boleh terima.. kita kena sentiasa berusaha.. kerapkan wakil rakyat turun.. jangan selesa dengan gaji dan title yang diterima..ikhlas dan istiqamah itu lah yang terpenting dalam perjuangan.. TAKBIR
SALAM ADMIN, saya ada cadangan, rata2 golongan muda biasanya diorang inginkan pembaharuan, saya tgk rata2 blogger dah terikut rentak blogger UMNO suka mencari kelemahan lawan.. pandangan peribadi saya..blogger2 perlu mencari idea baru bg menarik golongan muda masa kini.. isu semasa berkaitan rakyat perlu diketengahkan yang biasanya tidak ada di media masa dan akhbar. x semua golongan muda yang fanatik ingin tahu kelemahan lawan.. diorang lebih suka jika artikel yang dikemukakan ada bukti dan fakta.. contoh kerapkan penipuan harga minyak semasa, pembangunan yang rata2 x telus..
relax! cepat sangat PR terasan dgn keputusan PRK Galas. Tidak berlaku pegerakan undi yang nyata di PRK Galas.
Orang melayu masih kukuh menyokong PAS, orang asli masih setia dgn tuannya UMNO, dan orang cina Gua Musang masih malu setia kepada KU LI.
Kedua gabungan inilah yang memenangkan BN di Galas.
Hampir mustahil bagi PR untuk memecahkan tembok Galas, jika sekadar calon yang lebih baik, atau berkampung lebih lama di DUN Galas.
Latar belakang pengundi Galas tidak boleh diukur dengan pengundi Mane Urai atau Cempaka.
Taniah PAS di Galas dan taniah PKR di Batu Sapi. Melihat pada jalur ini, tidak mustahil PR akan mendarat di PUTRAJAYA selepas PRU13.
itulah yang dikatakan politik, bila masuk politik nak cari untung dan kekayaan diri sendiri terikut macam perangai UMNOBNUPCO, apabila menjadi pemimpin politik masih mengangap rakyat bodoh dan mudah diperbodohkan dengan memberi sedikit wang saku..
Puak puak UMNOBNUPCO akan menyokong dan membantu cukung yang memberi sumbangan sponsor politik.. rakyat Melayu semua gulungan koprat, terpelajar, prof dan lain lain mudah tertipu..
Post a Comment