Datuk Seri Najib Razak menyifatkan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Galas dan Parlimen Batu Sapi hari ini sebagai keyakinan rakyat terhadap hala tuju yang hendak dibawa oleh kerajaan BN.
“Ini khususnya dalam konteks transformasi yang sedang diperjuangankan oleh kerajaan BN dengan pembentangan perancangan yang begitu terperinci (detail) dan rapi sekali,” kata Perdana Menteri kepada Bernama menerusi panggilan telefon di sini malam ini.
Najib yang sedang bercuti sakit kerana demam cacar berkata beliau amat gembira dengan kemenangan tersebut dan menyifatkannya sebagai kemenangan rakyat dan pengundi di kedua-dua kerusi terbabit.
“Mereka telah meletakkan kepercayaan dan keyakinan kepada BN bagi membawa kemajuan dan meningkatkan kesejahteraan penduduk di Batu Sapi dan Galas.”
“Saya beri jaminan janji-jani BN di Galas dan Batu Sapi akan ditunaikan,” katanya mengulas kejayaan BN mempertahankan kerusi Batu Sapi dengan majority lebih besar, dan memenangi semula kerusi Galas daripada PAS.
Najib, yang juga Pengerusi BN, berkata beliau berharap kemenangan ini satu petanda baru bahawa proses pemulihan BN mencapai tahap yang begitu bermakna. Kita tidak akan anggap proses ini sudah berakhir.”
“Proses ini sebagai satu perjalanan bagi memberi keyakinan yang BN mempunyai landasan yang betul bagi mengorak langkah yang lebih positif lagi,” katanya.
Beliau berkata dengan membuat perubahan secara berterusan BN akan menjadi parti yang mendapat sokongan yang begitu kukuh dan padu.
Najib turut merakamkan terima kasih kepada jentera BN yang dipimpin timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Mereka telah berkerja dengan penuh semangat, dan menunjukkan komitmen yang begitu kental sehingga mencapai kejayaan di luar jangkaan sama sekali.”
05 November 2010
PRU 13 - Keyakinan Najib Semakin Bertambah
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 Komen :
Post a Comment