GEORGETOWN - Ahli Parlimen Bebas Kulim/ Bandar Baharu, Zulkifli Noordin dilabel sebagai pelacur politik apabila meletakkan harga dirinya begitu rendah dengan mereka reka fitnah terhadap PKR dan DAP.
Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman berkata, Zulkifli meletakkan harga dirinya ke tahap begitu rendah apabila sanggup menjadi askar upahan UMNO semata-mata untuk memburukkan PKR dan DAP di mata masyarakat.
“Beliau telah menurunkan nilai dirinya sendiri sampai ke tahap yang paling rendah sekali apabila sanggup menjadi askar upahan UMNO semata-mata untuk burukkan PKR dan DAP dan buat kacau bilau dengan mengeluarkan kenyataan yang tidak berasas. Kita tidak memandang serius kenyataan orang yang sudah keluar parti malah kita ‘malas’ nak layan orang yang begini.
“Zulkifli juga sanggup membiarkan dirinya dipergunakan oleh UMNO dengan menyamakan dirinya seperti pelacur politik apabila dijadikan orang upahan menyebarkan fitnah kepada PKR dan jika dikaji semula, setiap kali adanya pilihan raya kecil (PRK), pasti ada orang yang dijadikan askar upahan ini bersuara dan apa yang disuarakannya lebih kurang sama iaitu memfitnah parti,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.
Mansor yang juga Timbalan Ketua Menteri I bersetuju dengan kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan Eng semalam yang mengatakan Zulkifli kurang siuman dan tidak akan melayan kenyataan orang kurang siuman itu.
Sementara itu, Exco Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Agama Islam, Abdul Malik Abul Kassim ketika menghubungi Sinar Harian meminta supaya Zulkifli tidak jadi munafik dengan mengada-adakan perkara yang tiada.
Menurutnya, Zulkifli juga dilihat cuba memecah belahkan orang Islam di Pulau Pinang hanya kerana disogok oleh UMNO dan percaya ia dilakukan bagi meraih undi di PRK yang akan diadakan tidak lama lagi.
“Jangan jadi munafik dengan mereka-reka cerita yang tiada. Perbuatannya itu adalah cubaan untuk memecah belahkan orang Islam Pulau Pinang yang mana beliau menerima habuan yang besar dari UMNO apabila membuat kenyataan seperti itu. Lagi besar hentaman dia kepada parti, lagi besar habuan yang dia dapat.
“Bertaubatlah, jangan cuba memecah belahkan orang Islam dengan menabur fitnah seperti ini. Yang menghairankan, beliau bukan orang Pulau Pinang, yang tidak tahu hujung pangkal tentang Pulau Pinang, mengapa boleh keluarkan kenyataan seperti itu? Jangan hanya dengan baca di akhbar dan sogokan UMNO, beliau cuba untuk menggugat Pakatan Rakyat (PR) di sini,” katanya.
Abdul Malik turut memberi amaran kepada Zulkifli dan UMNO bahawa jika terus menabur fitnah, Allah akan menurunkan bala berikutan kenyataan yang dikeluarkan itu membuat orang Islam berasa gundah gulana dan ‘tidak senang duduk’.
“Bertaubatlah (UMNO dan Zulkifli) sebelum Allah turunkan bala kerana apa yang dilakukan adalah dosa besar kerana memporak perandakan perasaan orang dan ia tindakan melampaui batas. Ini adalah salah satu contoh perbuatan ‘ejen’ UMNO bagi menjatuhkan PR.
Kelmarin, ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2011 (Bajet 2011) di Dewan Rakyat, Zulkifli mendedahkan wujud perjanjian rahsia melibatkan pegangan kuasa politik antara PKR dan DAP.
01 November 2010
Pelacur Dari Kulim
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
4 Komen :
PAS dah malu agaknya bila YB Zul bongkar kebodohan PAS jadi barua DAP dan PKR. Itu sebab panggil Zul politik pelacur. Kalau begitu yang PAS cakap mengarut memburukkan UMNO bukan sama aja sundal politik DAP yang terang-terang menzalimi melayu di Pulau Pinang masih lagi di dewa-dewakan, apalah orang melayu PAS takde otak berfikir ke?.
Anon.. Aku pun boleh cakap umno menzalimi orang Melayu kat Johor, Melaka, N 9, Perlis.. Hehehe.. Tapi macam jugak ko.. Aku pon tak boleh nak detailkan buktinya.. Hahaha..
Umno dah memerintah negara selama 53 thn kerusi umno lg byk dari parti2 MCA dan Gerakan tp umno xjd ketua menteri sbb nak jaga hati MCA dan Gerakan,53 thn umno memerintah apa yg mrk buat di P.Pinang bagaimana dgn nasib melayu di pulau tersebut ketika era pemerintahan mrk, rakyat tahu byk tanah2 melayu di p.pinang tergadai kmdn bila Allah bg pelung kat PR memerintah p.pinang baru mrk kelam kabut tak tentu arah berbagai2 perang saraf di lakukan
supaya rakyat benci kpd PR tp rakyat dah celek tak buat huruf lg...jd umno kena Muhasabbah diri jika nak jd bangsa berdaulat supaya melayu tak merempat di bumi sendiri...Pemerhati..
UMNO lagi teruk jadi bohsia politik MCA dan MIC dan selepas jadi perempuan simpanan tuan mat orang putih depa masa sebelum merdeka dulu. Kalau pelacur ada juga dia dapat bayaran... ini bagi free je... Tapi yang pasti dua-dua jenis ni belengas.
Post a Comment