Dr Asri: 'Dinosour' PKR enggan terima hakikat
Selepas saranan beliau supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim bersara politik mengundang kritikan sebilangan pemimpin kanan PKR, bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini membidas sikap tidak berlapang dada pemimpin pembangkang.
Dr Mohd Asri berkata kenyataan beliau Isnin lalu itu menyebabkan terdapat pemimpin PKR yang "melenting, buruk sangka dan membuat anggapan yang bukan-bukan".
"Apabila saya menyatakan banyak dinosaur politik dalam BN dan Pakatan Rakyat yang perlu memberi ruang kepada orang lain, dan saya sebut nama YB DSAI (Anwar) sebagai contoh, seperti biasa mereka melenting, buruk sangka dan membuat anggapan yang bukan-bukan.
"Sebagai rakyat bawahan yang melihat permainan politik dalam negara ini, dengan sikap 'buta warna parti', saya dapat rasakan sejauh manakah pertarungan itu di sudut ketangkasan dan 'manfaat yang dapat dirasai oleh rakyat'.
"Momentum sesebuah aliran politik bukan selamanya. Rakyat bukan sahaja akan terikat dengan 'kenangan semalam', sebaliknya mereka juga terikat dengan 'realiti hari ini' dan 'impian masa depan'," tulisannya dalam blognya pagi ini.
Dr Mohd Asri turut meminta pemimpin Pakatan yang tidak bersetuju dengannya merujuk kepada sebuah analisis berita yang mendakwa gabungan PAS, DAP dan PKR mula hilang momentum selepas kekalahan di DUN Galas dan Batu Sapi kelmarin.
Read More
5 Komen :
kebanyakan pembaca log takut memberi sebarang komen kerana kabar angin mengatakan pihak tertentu akan ambil tindakan tegas sekiranya anda anti UNMOBNUPCO.
pemerentahan kuku besi telah bemula..
kalau 50% rakyat malaysia menyokong PR, bagaimana nak ambil tindakan, takkan nak penjara 8 juta orang penyokong PR?.
memang menjadi hak mana2 individu utk cenderung menyebelahi mana2 parti yg dirasakannya betul. Terserah pada DrMAZA utk memikirkannya
Kenapa MAZA berdiam diri terhadap pemimpin yg korup?
Biarkan dr Asri dgn caranya, macam "perkasa" juga rentaknya. tapi semua parti politik harus hatihati dgn style ini. ada motifnya dan padahnya.
Post a Comment