Datuk Seri Najib Razak semalam berkata BN akan melakukan sedikit perubahan pada logo dan warna Barisan Nasional (BN) yang dijangka diumumkan pada Konvensyen BN, Ahad depan.
Ketika ini, BN yang didaftarkan secara rasmi pada 1 Jun 1974 ketika zaman Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein, menggunakan simbol dacing dengan berlatarbelakangkan warna biru gelap sebagai tanda saksama, adil dan kemakmuran.
Sebelum itu, BN dikenali sebagai Perikatan yang ditubuhkan pada 1952 dengan menggunakan simbol perahu layar.
Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN bagaimanapun berkata, perubahan yang akan dilakukan pada logo dan warna BN itu akan diumumkan pada hari konvensyen itu nanti.
“Ada sedikit perubahan dari segi logo dan warna kita (BN) tetapi kita akan umumkan pada hari itu nanti,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di sini, semalam.
Penumpang e-hailing ghaib, tinggalkan kain putih
43 minutes ago
0 Komen :
Post a Comment