BlogList Malaysia

01 November 2010

Hero Duit Judi Digantung 6 Bulan

Ketua Pembangkang Datuk Azhar Ibrahim digantung selama enam bulan berkuat kuasa 17 Ogos lepas hingga Februari tahun depan daripada menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) kerana didakwa mengeluarkan kata-kata kesat dan berbaur hasutan pada persidangan DUN 16 Mei lepas.

Keputusan itu diluluskan oleh Yang Dipertua DUN Datuk Abdul Halim Hussain pada persidangan hari ini setelah usul yang dikemukakan oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng (Air Putih-DAP) disokong oleh anggota dewan undangan negeri (Adun) dari pakatan pembangkang.

Bagaimanapun segala saraan dan elaun beliau sebagai Adun Penaga dikekalkan.

Terdahulu pada perbahasan yang diadakan selepas pembentangan usul itu, Azhar, dari Barisan Nasional, bertegas dengan pendiriannya tidak mahu memohon maaf disebabkan beberapa perkara iaitu tiada dakwaan khusus untuk mengenakan hukuman terhadap dirinya.


“Selain itu usul yang dirujuk juga cacat dan bercanggah dengan peraturan 37 kerana usul itu tidak pernah dibahaskan sebaliknya speaker ketika itu terus mengambil keputusan mengemukakan masalah itu dan satu undi telah diambil,” katanya.

Katanya faktor lain, ialah setiap perkataan kesat yang dirujuk telah ditarik balik dan diterima oleh dewan tanpa sebarang reaksi.

Azhar sebelum itu telah dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang dipengerusikan oleh Abdul Halim dan telah bermesyuarat sebanyak tiga kali, beliau juga telah memberi penjelasan berhubung perkataan yang disebut pada persidangan 6 Mei lepas.

Pada mesyuarat yang diadakan itu juga Azhar telah diminta untuk mengemukakan permohonan maaf tetapi beliau enggan berbuat demikian.

2 Komen :

Anonymous ,  November 2, 2010 at 1:38 AM  

Dia ni yang sebenarnya pemaih nak hadir di DUN. Jadi dia buat pasai, bila orang gantung dia salahkan Speaker. Kalau pemalaih tu, antar surat resign je lah... toksah dok perabih gaji dan elaun ADUN.

Anonymous ,  November 2, 2010 at 3:07 PM  

Dia ni bukan hero duit judi, hero duit judi tu yang Merican tu. Ni cuma pencacai tua yang tolong cuci najis yang ditinggalkan oleh si Merican tu.

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas