BlogList Malaysia

06 October 2010

Rahimi Celaka Cari Makan Dengan Buat Fitnah

Kes liwat: Bekas pembantu Anwar dakwa dipaksa tandatangan akuan sumpah kaitkan PM, Rosmah

Seorang bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rahimi Osman hari ini, dalam perkembangan mengejutkan, mendakwa beliau telah dipaksa mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah dalam kes liwat kedua dihadapi Ketua Umum Pakatan Rakyat itu dengan menandatangani dua akuan bersumpah.

Rahimi berkata beliau telah dipaksa menandatangani akuan bersumpah pada 28 Jun 2008 yang mendakwa Najib dan Rosmah mendalangi konspirasi terhadap Anwar dalam kes liwat melibatkan bekas pembantu Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Saiful mendakwa dia diliwat Anwar beberapa hari sebelum itu dan kes itu sedang berlangsung.

Sekumpulan ahli PKR menyerbu lokasi sidang media itu sebelum Rahimi bertemu pemberita dengan menggesa beliau agar menghentikan sidang media tersebut.

Bagaimanapun satu salinan laporan polis dibuat Rahimi kira-kira 3.03 petang tadi diperoleh oleh The Malaysian Insider.


Dalam laporan itu, Rahimi mendakwa beliau telah dipaksa menandatangani dua akuan bersumpah oleh Ketua Penerangan PKR Latheefa Koya dan juga beberapa anggota parti di Quality Hotel akhir Jun 2008.

“Saya dipaksa menandatangani dua akuan bersumpah pada Jun 2008 mengenai Anwar dan Saiful.

“Deklarasi itu tidak benar kerana bukan saya yang menulis.

“Saya dipaksa untuk menandatangani, kerana saya bimbang dengan keselamatan saya... ketika itu ada beratus penyokong Anwar dan orang-orang kanannya di sekitar Quality Hotel,” kata Rahimi.

Malah menurut pembantu itu beliau juga dipaksa tinggal di sebuah bilik hotel berkenaan selepas menandatangani akuan bersumpah.

2 Komen :

indah October 6, 2010 at 7:59 PM  

Assalamualikum blogger hebat. Jom buat biz

jenang ,  October 6, 2010 at 8:06 PM  

Ne namanya longgokan Fitnah tajaan UMNgok..X abes2 lg parti nazak anak Tun Razak ne nk menegakkan benang basah..Ckp la apa pun,sume org tahu yg Najib dh goyah dan akan guna apa saja senjata utk jatuhkan satu2nya ancaman terbesar dlm kerjaya politiknya..Dh kamu sendiri yg mengaku sepul jpa kamu,perlu apa dgn penafian org yg telah kamu beli..Sape yg paksa spe ne?X cukupkah dgn pengkhianat2 PKR yg kamu telah beli?Ne semua mainan politik bodoh menjelang pilihanraya kecil GALAS..Jgn la kita jd fasuk dengan mempercayai berita yg dibawa oleg org yg telah menjadi Fasik..Wamakaru Wamakarallah,Wallahuhoirul maqirin..Semua senjata kamu akan memakan diri kamu selagi kamu berlaku zalim atas manusia..ALLAH bersama org2 yg dizalimi,dan doa org2 teraniaya itu akan dimakbulkan oleh ALLAH..

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas