BlogList Malaysia

02 October 2010

Punca DAP Perak Bergolak

Terkini! Punca Sebenar Kulasegaran "Merajuk" Dengan DAP Perak

Biarpun dikatakan, masalah dalaman dalam DAP Perak makin membarah selepas Pakatan Rakyat kehilangan kuasa di negeri itu, sebenarnya ia bukanlah punca sebenar mengapa Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran merajuk dengan kumpulan Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming!

Tidak lama selepas ADUN Malim Nawar dari DAP, Keshvinder Singh yang keluar atas sebab "mainan" Umno-APCO, Kula pernah menyatakan, tidak seharusnya seseorang menjawat jawatan ahli parlimen dan ahli DUN mana-mana negeri secara serentak.

Bermakna, Ngeh dan Nga agak "terasa" dengan kenyataan Kulasegaran, walaupun ia cuma kenyataan umum yang tidak disasarkan kepada sesiapa.

Untuk rekod, Ngeh adalah Ahli Parlimen Beruas dan ADUN Sitiawan, manakala Nga pula adalah Ahli Parlimen Taiping dan ADUN Pantai Remis.


Walaupun Kulasegaran dikatakan "bertikam lidah" dengan Ngeh-Nga, tetapi Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Nizar Jamaluddin sudah menghubungi kedua-dua "kumpulan" dalam DAP Perak itu bagi menenangkan keadaan.

Dalam twitter Nizar (http://twitter.com/mbnizar) juga telah dinyatakan, apa yang dikatakan sebagai "jangan bagi peluru kepada lanun dan musuh" sebagai balasan kepada twitter Penasihat DAP, Lim Kit Siang beberapa jam lalu.

Apapun, biarkan kita memberi ruang dan peluang kepada Kulasegaran dan Ngeh-Nga mencari ketenangan di sebalik kenyataan Kulasegaran yang tidak sengaja "mengusik" kawan-kawannya yang sedikit "terasa".

Kita tunggu seminggu lagi bagi memberi peluang kepada Kulasegaran kerana yang pastinya, semua pemimpin Pakatan Rakyat harus memfokuskan diri kepada sasaran asal, memerintah Putrajaya!/Jalan Pulang

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas