BlogList Malaysia

28 October 2010

Perkasa Nak Buat Lawak.., Lawan Najib Pulak..

PERKASA tukar hala, anjur demo bantah hab hiburan

Jika semalam PERKASA berpendapat cadangan kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab hiburan malam bagi memacu industri pelancongan patut dilaksanakan di tempat yang khusus tetapi hari ini NGO itu mengubah pendirian mereka.

“PERKASA berdiri teguh dalam prinsip agenda memartabatkan perjuangan agama, bangsa, tanahair - secara tegas tidak akan kompromi dalam isu-isu yang menjejaskan martabat agama Islam. Saya berdiri teguh bersama-sama NGO lain yang membantah perlaksanaan hab hiburan malam ini,” kata ketua wiranya, Arman Azha Abu Hanifah dalam satu kenyataan.

PERKASA menjadi NGO terbaru yang sejak beberapa hari lau, semakin ramai menyuarakan bantahan mereka terhadap cadangan membina pusat hiburan itu. Mereka termasuk Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPPM).

Sehubungan itu, menurut Arman Azha, PERKASA akan menganjurkan satu bantahan bagi menentang cadangan kerajaan itu.


“Saya akan anjurkan satu bantahan dengan kerjasama bersama semua NGO yang tidak mahu perlaksanaan hub hiburan (ditubuhkan) di Malaysia dalam masa terdekat ini.

“Kami ingin rundingan meja bulat dibuat bersama NGO yang terlibat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam Program Transformasi Negara agar (tindakan) tidak menganggu gugat imej Malaysia di mata negara-negara OIC (Pertubuhan Negara-negara Islam) dan Islam di dunia,” katanya.

Semalam Arman Azha berkata “lebih baik disediakan hab untuk operasi bagi memenuhi permintaan mereka yang sebegitu di suatu tempat yang khusus."

Katanya, tindakan itu dapat memudahkan pemantauan daripada aspek keselamatan dan jenayah kerana pusat hiburan sekarang ini ada di mana-mana dan sukar dikawal.

Menurut perancangan Program Tranformasi Ekonomi (ETP) yang dikeluarkan awal minggu ini, pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mahu menjadikan Malaysia sebagai hab hiburan malam bagi memacu industri pelancongan.

Ini akan dilaksanakan dengan penubuhan beberapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan "mempakejkan" semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.

Lebih mengejutkan, EPP mencadangkan penubuhan zon hiburan di lima negeri, termasuk Lembah Klang yang akan menyaksikan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam menjelang 2014.

2 Komen :

Anonymous ,  October 28, 2010 at 7:46 PM  

kah kah kah!
Raja botol bantah pejualan arak, dunia dah nak kiamat.
katak katak katak puru.

Anonymous ,  October 29, 2010 at 9:28 AM  

ketiak basah tu...

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas