BlogList Malaysia

05 October 2010

Ngeh Mohon Maaf Pada Seluruh Rakyat Perak

Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham (gambar fail) memohon maaf kepada orang ramai di atas masalah pertelingkahan antaranya dengan Timbalannya, M. Kulasegaran. Ngeh yakin masalah ini dapat diselesaikan secara dalaman dan menyeru orang ramai supaya terus menyokong parti tersebut.

Ngeh berkata demikian semasa memberikan ucapan semasa program makan malam parti tersebut di Taman Kantan Jaya semalam. Beliau juga menyeru orang ramai tidak membenci Kulasegaran dengan apa yang telah berlaku dan berjanji akan menyelesaikan masalah ini dengan Kualasegaran atas dasar persahabatan.

Beliau juga meminta orang ramai tidak membenci dirinya dan juga sepupunya, Nga Kor Ming dan mohon mengadili mereka dengan adil dengan mendengar kenyataan di sebelah mereka.


Ngeh akui banyak artikel dan berita mula dikeluarkan di dalam media massa dan alternatif berhubung beliau dan Nga selepas timbul isu Kulasegaran yang ingin meletakkan jawatan. Malah akui bahan-bahan bacaan itu menyebabkan peribadi beliau dan Nga terdedah kepada serangan musuh politik mereka.

Sebelum ini, Kulasegaran mencabar parti untuk meletakkan jawatan selepas berlakunya satu pertengkaran semasa mesyuarat yang dipengerusikan oleh penasihat DAP, Lim Kit Siang bagi menyelesaikan masalah antara beberapa puak dalam DAP Perak dua hari lepas.

Kini Kulasegaran telah menarik keputusan tersebut dan bersetuju untuk bercuti sementara bagi menenangkan masalah ini. Sebelum ini, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP telah mengarahkan Ngeh supaya tidak lagi membuat apa-apa kenyataan media untuk masa ini.

Namun, Ngeh berasa kesal kerana Kulasegaran telah bertindak mendedahkan masalah dalaman kepada media. Beliau akur bahawa di dalam mana-mana pertubuhan, akan wujud perbezaan pendapat dan berjanji perbezaan itu akan dihormati secara profesional.

Ngeh juga memaklumkan walaupun mereka berbeza pendapat dan mempunyai masalah dalaman, misi parti itu masih tidak berubah. Ini kerana masing-masing bersepakat untuk menukar kerajaan Barisan Nasional yang ada sekarang semasa pilihanraya umum akan datang.-KLToday.com

2 Komen :

Amri Mat Saaid October 5, 2010 at 1:30 AM  

cam tu le..selalu jumpa Dato Ngeh ni masa kes DS Nizar vs mamak zamri di mahkamah..nice person

bijan October 5, 2010 at 6:14 AM  

hebat ngeh boleh cari kat umno ke..emmm..walau pun ketua DAP perak..tanap rasa malu sanggup memohon maaf..salah da silap mmg hak manusia..tapi kalau dia sedia turun dan mohon..dia sebenarnya hebat..

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas